Logo

Rekreasi

Rekreasi

Melaka River Cruise
river_cruise
Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :

Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka
Aras 9, Bangunan Graha Maju,
Jalan Graha Maju, 75300 Melaka.
Tel : +606 281 4322 / 23           
Faks : +606 281 4325
Website : www.ppspm.gov.my
Melaka Zoo & Night Safari

Melaka Zoo & Night Safari yang terletak di Ayer Keroh, Melaka adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung kerana kedudukannya yang strategic  .Ia merupakan zoo yang kedua terbesar di Malaysia yang menjadi kediaman pelbagai spesies binatang tempatan mahupun luar negara .Selain dari keunikan zoo yang dikelilingi hutan hujan tropika, pengunjung juga dapat menikmati keseronokan berinteraksi bersama  gajah dan kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung ke Melaka Zoo.

1.jpg2.jpg3.jpg

Tarikan utama spesis hidupan liar yang terdapat di Melaka Zoo adalah seperti Harimau Belang, Tapir, Kambing Gurun dan Gajah. Sejajardengan konsep pembangunan zoo, Melaka Zoo telah mengamalkan konsep terbuka dan mengekalkan persekitaran semulajadi yang hijau. Untuk mencapai matlamatnya, empat fungsi utama Melaka Zoo adalah Pembiakan Dalam Kurungan (Konservasi), Pendidikan dan Rekreasi.


Di antara Program/Aktiviti Pendidikan Melaka Zoo adalah:-

  1. Program “KinderZoo”untuk kanak-kanak Tadika bersama-sama "guide tour" Zoo Melaka
  2. "Roadshow", Pameran & Ceramah ke Sekolah-sekolah/ IPTA/IPTS atas jemputan
  3. "CSR PROGRAM" (Gotong-royong)
  4. "ZOOMANJI" Melaka Zoo
  5. Program "Enrichment" (pengkayaan): "Food & Furniture"
  6. GUIDED TOUR on tram

 

 

Aktiviti dan Bayaran Masuk

Masa lawatan
Zoo Siang
9.00 pagi – 6.00 petang setiap hari (tiket terakhir 5.30 petang)

Ticket

Harga (RM)

Kanak-Kanak

(4 – 12 Tahun)

6.80

Dewasa

(13 – 59 Tahun)

16.90

Warga Emas

(60 tahun dan ke atas)

6.80

Kanak-Kanak warga  asing

(4 – 12 Tahun)

16.90

Dewasa Warga Asing

(13 – 59 Tahun)

22.50

Kanak-Kanak Kurang Upaya (OKU)

(4 – 12 Tahun)

4.80

Dewasa Kurang Upaya (OKU)

(13 – 59 Tahun)

6.80

  • Harga di atas termasuk Cukai Hiburan

 

    HargaTrem ( Bayaran di stesenTrem)

    Kategori

    Harga

    Dewasa

    RM 5.00

    Kanak-kanak

    RM 3.00


    Aktiviti

    1.

    Persembahan Burung

    Isnin - Jumaat (11 pagi  & 3.30petang)

    Sabtu , Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti umum (  11 pagi, 2 petang & 4 petang)

    2.

    Interaksi Bersama Gajah

    Memberi gajah makan : RM 5.00

    Masa :11.30 – 12.30 tengahari & 2.30 – 4.30 petang

     

    3.

    Interaksi Bersama Harimau

    Zookeeper memberi makan kepada harimau

    12.30 tengahari  & 4.00 petang


    Night Safari
    Bagi pengunjung yang tidak mempunyai aktiviti pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Zoo Malam pada waktu berikut:-

    • Dibuka pada : setiapJumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah
    • masa operasi : 8.00 malam hingga 11.00 malam (tiket terakhir 10.30 malam)

    Ticket

    Harga (RM)

    Kanak-Kanak

    (4 – 12 Tahun)

    6.80

    Dewasa

    (13 – 59 Tahun)

    16.90

    Warga Emas

    (60 tahun dan ke atas)

    6.80

    Kanak-Kanak Warga  Asing

    (4 – 12 Tahun)

    16.90

    Dewasa Warga Asing

    (13 – 59 Tahun)

    22.50

    Kanak-Kanak Kurang Upaya (OKU)

    (4 – 12 Tahun)

    4.80

    Dewasa Kurang Upaya (OKU)

    (13 – 59 Tahun)

    6.80

     

     

    * Termasuk kemudahan keretapi (Trem)-percuma

    * Persembahan pelbagai haiwan : 9.30 malam




    *SEGALA SUBJEK DI ATAS TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN.

    Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

    Melaka Zoo & Night Safari

    Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya

    75450, Ayer Keroh

    Melaka 


    Tel : +606-232 4053/ 4054
    Faks: +606-232 5859
    Laman Web: www.melakazo0.com
    Emel: info@melakazoo.com



    Taman Buaya Melaka

    Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.

    taman_buayaTarikan terbaru di Taman Buaya yang menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung ialah  Taman Permainan Air. Terbuka kepada semua dan ia mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5'  dan 2.5'.Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.

    Bayaran Masuk:
    Dewasa: RM10.00
    Kanak-Kanak: RM6.00

    Waktu Operasi:
    Setiap Hari 9.00 pagi - 7.00 petang

    Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
    Taman Buaya Melaka
    Pusat Pelancongan Ayer Keroh
    Ayer Keroh 75450,
    Melaka
    Tel: +606-232 2349 / 232 2350
    Faks: +606-231 9136



    Taman Rama-rama & Reptilia

    Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan Ayer Keroh adalah Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang menjadi tempat tinggal berbagai spesies rama-rama dan reptilia. 4-tmn_rama2.jpg

    Selain rama-rama, yang merupakan hidupan utama di sini, pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai jenis reptilia termasuk ular, labah-labah, kala jengking dan ratusan jenis serangga yang pastinya akan membuatkan pengunjung merasa geli geleman.

    Menyaksikan reptilia ini secara dekat, terutamanya ular, tentunya akan membuatkan pengunjung lebih memahami kehidupan dan habitat binatang yang seringkali disalah anggap ini.

    Bayaran Masuk
    Dewasa RM15.00
    Kanak-kanak (3-12 Tahun) RM8.00

    Waktu Operasi:
    Setiap Hari 8.30 pagi - 5.30 petang

    Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
    Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka
    Ayer Keroh 75450,
    Melaka
    Tel: +606 232 0033
    Faks: +606 232 9977


    5-tmn_mini_msia.jpg

    Taman Mini MALAYSIA

    Taman Mini Malaysia, yang boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah sebuah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia.

    Tarikan utama taman ini adalah replika rumah-rumah tradisional, yang setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.

    Di dalam setiap rumah, pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Selain menjadi bahan pameran, kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan umum.

    Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini nampak seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri.Selain rumah-rumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional.

    Bayaran Masuk:
    Dewasa : RM10.00
    Kanak-kanak : RM5.00

    Waktu Operasi:
    Setiap Hari    9.00 pagi - 5.00 petang

    Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
    Taman Mini Malaysia/ASEAN,
    Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
    Tel:
    +606-232 1334
    Faks:
    +606-232 1335

    Taman Mini ASEAN

    Pengunjung akan dapat mempelajari dan mengetahui dengan lebih terperinci lagi mengenai sejarah dan kebudayaan negara-negara ini dengan melawat setiap replika rumah yang dibina di taman ini.

    Pengunjung juga dapat menyaksikan pertunjukan kebudayaan negara-negara Asean yang dipertontonkan kepada pengunjung pada setiap hujung minggu.

    Bayaran Masuk:
    Dewasa   RM4.00
    Kanak-kanak : RM2.00

    Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
    Taman Mini Malaysia/ASEAN,
    Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
    Tel:
    +606-232 1334
    Faks:
    +606-232 1335


    Kampung Buku Malaysia Melaka telah ditubuhkan bermula pada 9 April 2007. Objektif penubuhannya adalah untuk menggalakan masyarakat membaca di samping sebagai salah satu daya tarikan pelancongan ke Negeri Melaka ini.

    Lokasi Kampung Buku Malaysia Melaka ini terletak di Taman Botanikal Melaka (dahulunya dikenali sebagai Hutan Rekreasi, Ayer Keroh, Melaka). Dengan kedudukan Melaka yang strategik iaitu di tengah laluan Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan mempunyai pintu masuk melalui darat, udara dan laut. Kampung Buku ini mampu menjadi "One Stop Book Centre" yang bertaraf antabangsa.

    Kampung Buku Malaysia Melaka ini adalah merupakan yang ke 2 di Malaysia dan ke 5 di Asia serta ke 33 di dunia. Konsep Kampung Buku Malaysia Melaka ini adalah mengambil contoh daripada Kampung Buku Dunia yang terdapat di Berlin, Norway dan Langkawi. Selain itu, penubuhan Kampung Buku ini dapat mengumpul segala buku-buku yang terdapat di serata tempat untuk tujuan pembacaan, rujukan, pengumpulan maklumat serta panduan kepada masyarakat.

    Waktu operasi Kampung Buku Malaysia, Melaka
    Isnin hingga Jumaat 
    9.00 pagi - 5.00 petang
    Sabtu dan Ahad 
    9.00 pagi - 2.00 petang

    Sila hubungi kami di:
    Kampung Buku Malaysia Melaka
    Taman Botanikal Melaka 
    Hang Tuah Jaya 
    Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
    Tel : +06- 251 9181 
    Faks : +06 - 251 9182
    Laman Web: www.bookvillage.com.my

    Masuk adalah Percuma


    Kampung Buku Malaysia, Melaka, ini di uruskan oleh Perbadanan Hang Tuah Jaya. Bagi sebarang kemusykilan, sila gunakan alamat dan no yang tertera seperti berikut :
    Perbadanan Hang Tuah Jaya
    Aras 5,Wisma Negeri, 
    Bandar MITC, Hang Tuah Jaya,
    75450 Ayer Keroh, Melaka
    Tel. : +606-232 3653
    Faks : 06- 232 4764
    Laman Web: www.phtj.gov.my


    Kompleks Falak Al-Khawarizmi merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala. Kompleks ini juga merupakan satu-satunya aktiviti pelancongan yang berdasarkan pendidikan falak / astronomi di Melaka.

    Terdapat tiga bangunan utama di dalam Kompleks Falak Al-Khawarizmi, iaitu Balai Cerap, Planetarium dan Pusat Latihan. Dikelilingi kehijauan alam yang mendamaikan dan pemandangan yang mempesonakan.

    Jadual Tayangan Dan Bayaran Masuk :


    Hari Masa Tajuk Tayangan Jenis Tayangan Jumlah Tempat Duduk Dewasa 12 Tahun Ke Bawah Pelajar
    Menengah Rendah
    Selasa Hingga Ahad Dan Cuti Am 10.00am Sky Quest Filem Planetarium 90 RM 2.00 RM 1.00 RM 2.00 RM 1.00
    11.00am Blue Sky Filem 2D 78 RM 3.00 RM 2.00 RM 3.00 RM 2.00
    2.00pm Sky Quest Filem Planetarium 90 RM 2.00 RM 1.00 RM 2.00 RM 1.00
    3.00pm Blue Planet Filem 2D 78 RM 3.00 RM 2.00 RM 3.00 RM 2.00
    4.00pm Sky Quest Filem Planetarium 90 RM 2.00 RM 1.00 RM 2.00 RM 1.00
    Jumaat Tiada Tayangan Pukul 2.00 pm
    Isnin Tutup
    * Bayaran Masuk Ke Kompleks Falak Sahaja (Tanpa Tayangan) : RM 1.00

    Waktu Jualan Tiket Pagi Petang
    Selasa - Ahad Dan Cuti Am 9.30 am - 12.45 pm 2.00 pm - 4.30 pm
    Jumaat 9.30 am - 12.30 pm 2.45 pm - 4.30 pm

    Kemudahan
    • Auditorium
    • Dewan Pameran
    • Bilik VIP
    • Kafeteria
    • Bilik Kuliah
    • Surau
    • Rak Kasut dan Beg
    • Gerai Cenderahati
    • Makmal Komputer
    • Perpustakaan Mini
    • Internet
    • Ruang Meletak Kereta
    Perkakasan
    • SciDome Digital Projection System
    • Ritchey-Chretein 16" Telescope
    • CCD Camera SBig St-10Xme
    • Paramount Me Robotic Mount
    • Reflector Telescope, Takahasi Fs128 5"
    • NJP Temma400X Go To Mount
    • Schmidt Cassegrain Telescope
    • Celestron Nextstar 11 Gps
    • Computerised Goto Telescope
    • Meade Lx200 8" Telescope
    • ETX125 Telescope
    • Outdoor Camera
    • Wireless Davis Weather Station
    • Binocular, Monocular, Teodolite, Compass
    Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
    Kompleks Falak Al-Khawarizmi
    Kampung Balik Batu
    Tanjung Bidara
    78300 Alor Gajah
    Melaka
    Tel : +606-384 2148 / +606-284 7920 / 21
    Faks : +606-384 2126 / +606-284 8144
    Laman Web : http://www.khawarizmiobs.com

    atau
    Jabatan Mufti Negeri Melaka
    Kompleks Majilis Agama Islam Melaka
    Bukit Palah, 75150 Melaka
    Tel : +606-2847920 / 21
    Faks : +606-284 8144
    E-mel : jkmmufti@tm.net.my


    8-tmn_botanikal.jpg
    Ditubuhkan pada 1 Jun 2006, ia tercetus daripada idea  YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. Dahulunya Taman Botanikal terkenal sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh yang mempunyai keluasan 92.5 hektar. Antara keistimewaan yang terdapat untuk pengunjung ialah :
    • Penyediaan kompleks tempat letak kereta
    • Pembangunan taman-taman bunga dan kemudahan-kemudahan lain untuk tatapan pengunjung.
    • Taman ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menawarkan kedamaian dan ketenangan.
    • Kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan.
    • Menawarkan pelbagai aktiviti untuk berekreasi dan beriadah sambil menikmati udara segar.
    • 300 spesis flora dan fauna.
    Taman - Taman
    • Taman Keladi
    • Taman Orkid
    • Taman Helicornia
    • Taman Buluh
    • Taman Herba


    Hutan Rekreasi Sungai Udang dengan keluasan 335 hektar dalam Hutan simpan Sungai Udang merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah.  Hutan rekreasi ini terdapat pelbagai jenis flora dan fauna yang sesuai untuk melakukan aktiviti rekreasi luar. 

    Aktiviti yang boleh dijalankan di sini seperti berkhemah, dan merentas denai hutan. Suasana hutan lipur ini yang permai sesuai untuk menjalankan aktiviti berehat serta berkelah. 

    Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Sungai Udang ke Hutan Rekreasi Sungai Udang.
    {/slide}
    {slide=Hutan Rekreasi Tanjung Tuan}
    Hutan Rekreasi Tanjung Tuan terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah dan bersempadan dengan Port Dickson, Negeri Sembilan. Ianya tidak jauh dari bandar Melaka, iaitu kira-kira 20 minit menaiki bas. Pantai ini adalah kawasan rekreasi yang baru dibangunkan untuk memenuhi keperluan kemudahan kawasan rehat untuk sekeluarga. 10-hutan_rek_tgtuan.jpg

    Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkelah, menaiki bot, bermain layang-layang dan berenang (risiko adalah tanggungan sendiri). Terdapat juga perkhidmatan menunggang kuda, tetapi caj dikenakan.

    Setiap pagi, ramai penduduk dari kawasan sekitar datang ke pantai ini untuk menangkap udang geragau (sejenis udang halus) yang banyak terdapat di sini, terutamanya pada bulan Ogos hingga Oktober. Ini adalah kerana aktiviti ini bermusim mengikut tiupan angin monsun.Geragau sangat popular di Melaka terutamanya untuk dibuat belacan dan cencaluk.

    Sementara itu, pada setiap hari Ahad dari 4.30 petang ke 6.30 petang terdapat persembahan Dondang Sayang percuma.Banyak gerai-gerai makanan dan buah-buahan disepanjang pantai untuk kemudahan para pengunjung mendapatkan hidangan tanpa bersusah payah membawa bekal. Suasana di pantai ini menjanjikan kedamaian untuk anda melepaskan tekanan diri dan mendapatkan ilham baru.


    Di Cape Rachado terdapat rumah api tertua di negara yang dibina oleh pihak Portugis pada kurun ke-16. Walaupun rumah api ini masih megah di tempat ini, namun ia tidak lagi berfungsi tetapi menempatkan radar MEASAT yang digunakan untuk tujuan pemancaran dan komunikasi.

    Cape Rachado juga merupakan syurga kepada pencinta burung. Ia adalah pusat burung-burung yang bermigrasi di lagun biru dan pantai yang indah. Ia popular sebagai pusat persinggahan untuk burung pemangsa terutamanya burung helang lebah. Burung-burung lain yang singgah di sini semasa penghijrahan musim sejuk termasuk burung layang-layang dan pelbagai jenis burung helang, yang selalu dapat dilihat di antara bulan September dan Mac setiap tahun.


    Tasik Ayer Keroh yang terletak berhampiran Zoo Melaka dan Dataran Sejarah, adalah satu destinasi yang sesuai untuk aktiviti air seperti mendayung dan berkayak. Ianya dilengkapi pelbagai kemudahan asas untuk membolehkan pengunjung menikmati keindahan alam semulajadi di samping menjadi tempat sesuai untuk bersantai.

    12-tasik_ayer_keroh.jpg

    Tasik Ayer Keroh adalah merupakan satu destinasi kegemaran ramai pada hujung minggu atau cuti umum dan ini terbukti dengan kehadiran orang ramai. Taman Tasik Ayer Keroh sememangnya satu lokasi untuk berehat yang cukup sesuai, samada untuk keluarga atau bersama kawan.


    Kolam Air Panas Gadek terletak di bandar Alor Gajah, kira-kira 30km dari bandaraya Melaka. Ia merupakan satu destinasi pilihan untuk pengunjung dari dalam dan luar negara. Dipercayai kolam air panas ini telah ditemui oleh orang kampung di kawasan berkenaan apabila mereka mendapati ramai tentera British mendiami kawasan berhampiran kolam tersebut. Adalah dipercayai bahawa air dari kolam ini mempunyai kuasa menyembuh.

    13-kolam_air_panas_gadek.jpg

    Mereka yang mengidap penyakit kulit adalah disarankan berendam di dalam kolam air panas ini. Dengan adanya kemudahan lain seperti sebuah restoran dan padang permainan kanak-kanak dan sebagainya, Kolam Air Panas Gadek adalah tempat yang sesuai untuk keluarga, samada untuk berekreasi atau untuk mengubati penyakit kulit dan sebagainya.

    Bayaran Masuk:
    Dewasa : RM2.00
    Kanak-kanak : RM1.00

    Waktu Operasi:
    Setiap Hari : 7.00 pagi – 9.00 malam.


    14-beca_ride.jpg

    Cara yang terbaik untuk bersukaria dan menghayati bandar Melaka ialah dengan berjalan perlahan-lahan sambil duduk berehat. Walaubagaimanapun, sekiranya anda inginkan sedikit kelainan, anda boleh menyewa beca yang akan membawa anda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah ini yang selalunya akan tertinggal sekiranya anda mengambil keputusan untuk berjalan sendiri. Beca ini boleh disewa mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan di The Stadthuys.

    Kadar tambang yang biasanya dikenakan oleh pengusaha beca untuk perjalan pergi-balik dari The Stadthuys ke Kota A'Famosa adalah RM10 untuk sebuah beca.


    15-kereta_lembu.jpg

    Menaiki kereta lembu tradisional Melaka adalah satu aktiviti yang tidak sepatutnya ditinggalkan oleh pengunjung ke Melaka kerana ia dapat memberikan satu kepuasan yang amat berbeza.

    Kereta lembu yang merupakan kenderaan pengangkutan utama di Melaka suatu ketika dahulu, adalah lain dari kereta lembu yang ada di negeri lain. Kereta lembu tradisional Melaka dihiasi dengan perhiasan yang beraneka warna dan mempunyai bumbung yang sama bentuknya seperti tanduk lembu.

    Perkhidmatan kereta lembu ini seringkali menjadi tumpuan orang ramai dan ini terbukti dengan kehadiran pengunjung yang ramai, yang sabar menanti giliran untuk menaikinya. Walaupun jarak perjalanan adalah pendek, pengalaman yang diperolehi adalah sesuatu yang amat berharga.


    16-menara_taming_sari.jpg
    Saksikanlah panorama indah dan pemandangan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Anda pastinya teruja melihat keindahan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Pulau Besar dan Selat Melaka. Disamping itu, anda berpeluang melihat kepesatan pembangunan di Negeri Melaka. Pastinya pengalaman anda menaiki Menara Taming Sari akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

    Harga Tiket :
    Dewasa : RM 20.00
    Kanak-Kanak : RM 10.00

    Masa Operasi :
    10.00 am -10.00 pm

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
    Menara Taming Sari Berhad,
    Jalan Merdeka, Banda Hilir,
    75000 Melaka.
    Tel No.   : +606 288 1100 / 281 3366
    Fax No. : +606 288 1551

    last modified Dec 18, 2014 02:26 PM

    footer
    Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768
    Pelawat: Kemaskini : Jun 17, 2013