Logo

Bioteknologi

Bioteknologi

Biotech

Bidang bioteknologi dalam sektor keusahawanan dan pertanian telah digunapakai serta berjaya menyumbang kepada kemajuan sektor makanan, pertanian dan perindustrian negara ini. Proses ini telah dipertingkatkan dengan penglibatan pakar-pakar penyelidik dari pelbagai bidang seperti biologi molekul, fitokimia, toksikologi, mikrobiologi, teknologi makanan, dan kultur tisu secara langsung. Penglibatan ini dapat membantu memapankan sektor ekonomi sebagai penyumbang kepada kemajuan negeri Melaka.

Berdasarkan hasrat untuk mempromosikan penyelidikan dan pembangunan yang berasaskan bioteknologi, kerajaan negeri Melaka telah menubuhkan Perbadanan Bioteknologi Melaka dan Institut Bioteknologi Melaka yang juga bertujuan untuk memperbaharui bahagian Penyelidikan dan Pembangunan mereka sendiri. Perbadananan Bioteknologi Melaka ditubuhkan pada Februari 2003 dan telah dirasmikan oleh Dato' Seri Hj. Abdullah bin Hj Ahmad Badawi pada 13 Januari 2005. Agensi badan berkanun ini merupakan pusat bioteknologi pertama yang ditubuhkan di Malaysia.

Di bawah PBM, terdapat dua entiti yang menjadi tunjang kepada operasi keseluruhannya iaitu Institut Bioteknologi Melaka sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan dan Melaka Biotech Holding Sdn. Bhd. yang berperanan sebagai agensi pelaburan dan pengkomersilan produk hasilan pakar penyelidik di Institut. Institut Bioteknologi Melaka ditubuhkan di bawah Bahagian Bioteknologi Melaka pada bulan Februari 2003 oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Pada bulan Januari 2005 Bahagian Bioteknologi Melaka kemudiannya diperbadankan dan dikenali sebagai Perbadanan Bioteknologi Melaka (MBC). Kini Institut Bioteknologi Melaka berfungsi sebagai cawangan Penyelidikan dan Pembangunan bagi Perbadanan Bioteknologi Melaka.

Sila klik pautan di bawah untuk mendapat maklumat lanjut:
http://www.melbio.com.my


Perbadananan Bioteknologi Melaka ditubuhkan pada Februari 2003 dan telah dirasmikan oleh Dato' Seri Hj. Abdullah bin Hj Ahmad Badawi pada 13 Januari 2005. Agensi badan berkanun ini merupakan pusat bioteknologi pertama yang ditubuhkan di Malaysia. Dibawah PBM, terdapat dua entiti yang menjadi tunjang kepada operasi keseluruhannya iaitu Institut Bioteknologi Melaka sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan dan Melaka Biotech Holding Sdn. Bhd. yang berperanan sebagai agensi pelaburan dan pengkomersilan produk hasilan pakar penyelidik di Institut. PBM ini ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Melaka dengan tujuan untuk mempromosikan penyelidikan dan pembangunan yang berasaskan bioteknologi di Negeri Melaka.

Dengan usaha yang berterusan, sokongan dan galakkan dari Kerajaan Negeri Melaka, PBM akan terus menjadikan bidang bioteknologi sebagai salah satu agenda bagi mencapai matlamat Melaka Maju 2010 dengan menyahut seruan YAB Perdana Menteri dalam menjadikan industri bioteknologi sebagai salah satu pemangkin pembangunan negara. Peluang pelaburan Kerajaan Negeri Melaka telah menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur bagi pembangunan bioteknologi Negeri Melaka seperti Bio City yang dijangka dapat menarik minat pelabur asing  ke Melaka.

Tidak ketinggalan, Penubuhan Taman Bioteknologi MIEL Londang turut membantu usahawan supaya terlibat secara langsung dalam bidang bioteknologi. Bantuan kewangan dari agensi perbankan dan juga geran pembangunan perniagaan merupakan antara usaha kerajaan bagi menarik minat pelabur untuk melabur di Melaka. Antara pencapaian PBM yang terkini adalah penubuhan makmal toksikologi yang yang berfungsi untuk menjalankan ujian toksikologi yang melibatkan pelbagai sektor seperti perindustrian, alam sekitar, pengeluaran makanan dan kosmetik. Dengan adanya perkhidmatan ini, pelabur yang terlibat secara langsung atau tidak, dapat menikmati perkhidmatan ini supaya dapat menjalankan aktiviti masing-masing dengan selamat. Selain itu PBM turut menawarkan beberapa perkhidmatan ujian klinikal antaranya, antioksidan khusus untuk pelabur yang ingin mendapatkan pengesahan produk mereka dalam industri makanan dan kosmetik.

Selain itu, PBM telah menghasilkan dua usahawan yang berjaya untuk mengkomersilkan produk mereka untuk produk penjagaan diri dan rumah- Tropical Bioessence Sdn. Bhd. serta industri kultur tisu iaitu Invitrotech Sdn. Bhd. bagi tumbuhan yang bernilai tinggi seperti herba dan tanaman komersil. PBM mengalu-alukan kedatangan para pelabur untuk melabur dalam bidang bioteknologi dengan menyertai Program Pemindahan Teknologi (Technology Transfer)
Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Perbadanan Bioteknologi Melaka:
http://www.melbio.com.my


Institut Bioteknologi Melaka ditubuhkan di bawah Bahagian Bioteknologi Melaka pada bulan Februari 2003 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Penubuhan ini bertujuan untuk mempromosikan dan memperbaharui bahagian Penyelidikan dan Pembangunan mereka sendiri serta mempromosikan Industri berasaskan Bioteknologi. Pada bulan Januari 2005 Bahagian Bioteknologi Melaka kemudiannya diperbadankan dan dikenali sebagai Perbadanan Bioteknologi Melaka (MBC). Kini Institut Bioteknologi Melaka berfungsi sebagai cawangan Penyelidikan dan Pembangunan bagi Perbadanan Bioteknologi Melaka.

Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Institut Bioteknologi Melaka:
http://www.melbio.com.my/

last modified Nov 01, 2013 03:41 PM

footer
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar Internet Explorer 8 dan ke atas
Pelawat: Kemaskini : Jul 25, 2014