Logo

Teknologi Hijau

Teknologi Hijau

Untitled Document

Kerajaan Negeri Melaka telah menetapkan sasaran untuk merealisasikan visi MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU menjelang tahun 2020 yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. Di peringkat Kerajaan Persekutuan Teknologi Hijau dan Majlis Perubahan Iklim yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia . Justeru, Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka telah ditubuhkan pada 16 Mei 2011 bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Teknologi Hijau:

Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

 

Jawatankuasa Teknologi Hijau:

Semua jabatan kerajaan negeri, agensi-agensi dan badan-badan berkanun telah diarahkan untuk membentuk sebuah jawatankuasa teknologi hijau di peringkat organisasi mereka. Jawatankuasa itu akan bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan aplikasi teknologi hijau dan amalan hijau ke dalam setiap budaya kerja organisasi dan amalan dengan tujuan pengurangan karbon dan mitigasi perubahan iklim.

 

Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka:

Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Negeri pada 16 Mei 2011 bagi merealisasikan visi MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU menjelang tahun 2020 yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. Di peringkat Kerajaan Persekutuan Teknologi Hijau dan Majlis Perubahan Iklim yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia .

 

Melaka Green Development Organisation :

Melaka Green Deveplopment Organisation (MGDO) Pertubuhan Bukan Kerajaan dengan tujuan untuk memelihara kepentingan peserta industri Melaka dalam industri hijau dan pembangunan. Sebagai inisiatif perkongsian pintar, organisasi ini pada mulanya ditaja oleh Kerajaan Negeri Melaka sehingga penubuhan rasminya.

 

Sila hubungi Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka di:

Perbadanan Hang Tuah Jaya
Aras 3, Wisma Negeri,
Bandar MITC, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh,
Melaka.

No. Tel: +6 06-3333 333 samb 5252/5247
No. Faks: +606-2324 764
Laman Web: http://www.melakagreentech.gov.my

last modified May 14, 2013 02:29 PM

footer
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar Internet Explorer 8 dan ke atas
Pelawat: Kemaskini : Jul 25, 2014