Logo

JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM)

JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM)

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mempunyai objektif yang terdiri daripada 3 kaedah iaitu mengurangkan risiko akibat bencana dengan mengadakan latihan kepada orang ramai dan juga mengenal pasti pusat-pusat perlindungan yang selamat, respond kepada bencana dengan menubuhkan pasukan-pasukan (First Responder) dan juga memberikan perkhidmatan kecemasan kepada orang ramai serta pemulihan iaitu memberikan kaunseling kepada mangsa.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu semasa peperangan dan semasa aman. Semasa peperangan bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh manakala semasa aman  pula bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Fungsi Jabatan Pertahanan  Awam Malaysia ialah:

  • Menubuh, mengurus dan menyenggara angkatan pertahanan awam
  • Merangka dan melaksanakan program-program latihan pengurusan bencana dan kecemasan kepada orang awam.
  • Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.
  • Menyedia, mengurus dan menyenggara pusat-pusat pemindahan dan sistem amaran bencana dan keselamatan.merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.
  • Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar pertahanan awam
Selain daripada tugas-tugasnya disebut di atas, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia juga melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh menteri untuk dilaksanakan.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:

  • Kursus Asas Pertahanan Awam adalah untuk  melatih anggota baru  yang mendaftar menepati kuota yang ditetapkan dan juga untuk mengenali erti Pertahanan Awam dengan lebih dekat lagi.
  • Latihan Lanjutan yang dijalankan bertujuan untuk memahirkan kemahiran anggota Pertahanan Awam.
  • Latihan Mingguan bagi memantapkan kemahiran dan kecekapan para anggota baru.
  • Perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan
  • Skuad Penyelamat Pantai diadakan di Pantai Puteri dan juga Pengakalan Balak, Masjid Tanah Melaka bertujuan mengawal
  • Perhimpunan Hari Pertahanan Awam yang akan dijalankan pada 02-05 Disember 2007 di Danga Bay, Johor Bharu.
  • Latihan di IPTA bertujuan memberi latihan, kelengkapan kemahiran, membina watak dan sahsiah dalam membentuk Modal Insan serta dapat memberi persediaan menceburi diri dalam peluang kerjaya.
  • Latihan kadet Sekolah adalah untuk menepati kehendak Ko-kurikulum dari Jabatan Pelajaran serta untuk memberi latihan, kelengkapan kemahiran, membina watak dan sahsiah dalam membentuk Modal Insan.
  • Latihan orang awam juga dijalankan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada orang awam mengenai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta dapat memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindakbalas dalam membantu diri dan orang lain bila situasi kecemasan dan bahaya.
  • Civil Defence Emergency Rescue Team ”CDERT” juga dilaksanakan lebih tumpuan kepada syarikat-syarikat perkilangan di Malaysia bagi memenuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967 iaitu menetapkan dan mengarahkan setiap syarikat pekilangan di Malaysia mengambil dan menyediakan apa juga tindakan yang boleh menjamin keselamatan atau latihan kecemasan kepada pekerjanya sepanjang masa serta agensi-agensi kerajaan yang berminat.

Perkhidmatan Berkaitan Kecemasan

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bersedia memberi berbagai perkhidmatan antaranya membawa pesakit dari rumah ke hospital, membawa pesakit ke pusat-pusat rawatan contohnya pusat hemodialisis, kecemasan 24-hours di samping memberikan perkhidmatan ambulans pada orang ramai yang memerlukan bantuan Ambulans Jabatan Pertahanan Awam. Selain itu juga, Jabatan Pertahanan Awam juga bersedia memberi perkhidmatan pertolongan cemas dalam berbagai upacara, aktiviti ataupun program seperti acara sukan, perayaan dan perarakkan.

Jabatan Pertahanan Awam juga turut terlibat memberi bantuan kecemasan,bantuan kepada orang ramai dan lain-lain kepada mangsa yang terlibat dalam banjir, kebakaran, tanah runtuh, kemalangan dan sebagainya.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

1. Bilik Operasi Jabatan Pertahanan Awam Negeri Melaka:

i. Hotline - 999
ii. Talian tetap kecemasan JPAM:-

a) +606-232 4035
b) +606-232 8424
c) +606-232 9200
d) +606-232 2186

2. Skuad Penyelamat Integrasi (SPI)

a) +606-232 2888

3. Pejabat Pertahanan Awam Negeri Melaka
Kompleks Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
Jalan Seri Negeri, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Tel: +606-232 5466
Faks: +606-232 9230
Laman web : http://www.civildefence.gov.my

last modified Dec 14, 2012 09:04 AM

footer
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768
Pelawat: Kemaskini : Jun 17, 2013