You are here :: Home :: Tourism :: Sejarah
Sejarah PDF Print E-mail
There are no translations available.

istana_kesultanan_melayu_02

Melaka terkenal dengan sejarah, warisan budaya dan seni yang telah berakar umbi di sini sejak 600 tahun yang lampau. Kekayaan kebudayaan Melaka yang terdiri daripada berbilang kaum serta suasana keharmonian masyarakat Melaka yang terjalin hasil daripada persefahaman dan usaha kita semua, sememangnya mempesonakan orang asing apabila mereka melawat ke sini. Pada abad ke-16, Negeri Melaka masyhur kerana kedudukannya yang strategik yang menjadikannya sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkemuka.

Dengan fakta sejarah yang bermula sejak kurun ke-14, Melaka sememangnya merupakan satu destinasi yang sesuai untuk pengemar sejarah. Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan peninggalan sejarah, Melaka mempunyai kelebihan berbanding negeri lain di Malaysia memandangkan semua mengenai Malaysia dikatakan telah bermula di sini. Penaklukan Melaka oleh kuasa asing, terutamanya Portugis, Belanda dan Inggeris, telah mewujudkan satu identiti Melaka yang unik yang kebanyakannya masih boleh dilihat pada hari ini. Banyak peninggalan sejarah dari zaman penjajahan kuasa besar ini masih gagah berdiri sebagai membuktikan kekayaan sejarah silam Melaka.

Satu lagi faktor yang selama ini mendorong pengunjung mengunjungi Melaka adalah kepelbagaian budaya di Melaka, yang mana adalah hasil pengabungan pelbagai bangsa selama lebih 600 tahun. Hubungan Melaka dengan dunia luar dan pertukaran kebudayaan yang berkurun lamanya melalui perkahwinan campur antara rakyat tempatan dan pedagang serta kuasa asing, telah mewujudkan kekayaan budaya dan warisan Melaka. Melalui interaksi dan pertukaran sebeginilah wujudnya masyarakat Baba-Nyonya, Eurasian-Portugis dan Chitty, kesemuanya menjadi simbol kepelbagaian budaya dan warisan Negeri Melaka. Pengikhtirafan Melaka oleh UNESCO pada 7 Julai 2008 yang lepas sebagai Bandaraya Warisan Dunia telah memberikan impak yang positif kepada kedatangan pelancong ke Melaka dan telah meletakkan Melaka sebagai lokasi pelancongan yang terunggul  di peta dunia.

 

Tourism