Carian:
Bahasa Malaysia | English

Pelancongan
Pendidikan
Perniagaan dan Ekonomi
Keluarga
Kesihatan
Kebajikan Sosial dan Masyarakat
Harta Dan Pelaburan
Perundangan
Kemudahan & Utiliti Awam
Sekuriti, Keselamatan & Maklumat Am
Percukaian, Kutipan & Kewangan
Agama Rasmi
Tarikh: 09-Feb-2010
 
Subuh
06:05
Syuruk
07:24
Zohor
13:25
Asar
16:47
Maghrib
19:27
Isyak
20:38
Bagi Kawasan Bandar Melaka, Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah, Merlimau dan Nyalas
Suhu: 78°F / 26°C
Kelembapan: 87%
Tekanan: 29.84in / 1010hPa ()
Keadaan: Scattered Clouds
Arah Angin: NNE
Kelajuan Angin:
Dikemaskini: 9mph / 15km/h]]>


Berita Terkini Peta Laman
Aktiviti Terkini Pautan
Galeri Gambar Artikel
Pelaburan Borang

Maklumat dalam laman web ini telah dikemaskinikan pada
9 Febuari 2010[08:54:51]

Gunakan Sistem e-Aduan Melaka untuk melaporkan sebarang aduan.
 
Kajiselidik Tahap Kepuasan Pelanggan
 
 
 
PelanconganPelancongan di MelakaRekreasi

Zoo Melaka Dan Zoo Malam


Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan.

Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang kini diancam kepupusan. Antara binatang yang boleh didapati di zoo ini termasuklah Panda Merah, binatang dari keluarga panda tetapi berlainan dari panda yang sering dikaitan dengan simbol negara China.
 
Selain dari menyaksikan binatang yang dikurung di dalam kandang, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan menaiki gajah atau kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung muda zoo.
 
Tarikan lain di Zoo Melaka adalah taman mini safarinya di mana pengunjung boleh berjalan di sepanjang titian kayu untuk menyaksikan binatang dari jarak dekat. Buat masa ini, terdapat kira-kira 80 binatang dari 16 spesies yang dibiarkan bebas dalam kawasan safari seluas 1.5 hektar ini.
 
Bayaran Masuk:
Dewasa RM7.00
Kanak-kanak RM4.00

Persembahan Pelbagai Haiwan:
Isnin - Khamis (11 pagi - 2 petang)
Sabtu , Ahad dan Cuti umum ( 10 pagi - 11 pagi)
(2 petang - 3 petang)
*Tiada bayaran di kenakan

Interaksi Bersama Gajah:
Bergambar bersama gajah menggunakan kamera individu : RM 2.00
Memberi gajah makan : RM 2.00
(11.00 pagi - 12.00 tengahari dan 4 petang - 5 petang sahaja)

Menaiki Kuda/Gajah:

  • Dewasa RM2.00
  • Kanak-kanak RM1.00
10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang
(Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Sahaja)

"Free-Ranging" Orang Utan

  • Isnin hingga Ahad (kecuali Jumaat)
  • 9.00 pagi - 5.00 petang
Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi – 6.00 petang
 
Zoo Malam
Bagi pengunjung yang tidak mempunyai aktiviti pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Zoo Malam pada waktu berikut:-
  • dibuka pada : setiap Jumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah
  • masa operasi : 8.00 malam hingga 11.00 malam
  • bayaran : RM 10.00 (dewasa) , RM5.00 (kanak-kanak)

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Zoo Melaka
Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel : +606-232 4053/ 4054
Faks: +606-232 5859



Royden Tan
2008-08-21 11:21:27 Halaman ini telah dibaca sebanyak 8000 kali.
Kali terakhir halaman ini dibaca pada 9 February 2010.

Purata Penilaian Pengguna:
tiada penilaian dimasukkan
dari 0 undian
 
 Untuk menilai halaman ini sila log masuk|daftar.
Jumlah Pelawat: 4869043   |   Pelawat Aktif: 19
Tarikh: Selasa, 25 Safar 1431  
Dasar Privasi & Dasar Keselamatan| Hak Cipta| Soalan Lazim| Mengenai Kami| Hubungi Kami| Penafian