Dataran Portugis
 Dataran Portugis
Penempatan Portugis, Melaka
Dataran Portugis terletak di Penempatan Portugis, lebih kurang 3 kilometer dari bandar Melaka. Ia dibina pada akhir tahun 80an dan diilhamkan oleh mercado Portugis. Dataran ini digelar sebagai ‘Lisbon kecil’.
Dataran ini terkenal untuk restorannya yang menyajikan masakan hasil laut contohnya ikan panggang daun pisang berempah. Setiap petang Sabtu, persembahan budaya akan diadakan di dataran ini yang mana anda dapat melihat penari di dalam baju tradisional menghiburkan pelawat dengan tarian-tariannya.
|