Carian:
Bahasa Malaysia | English

Pelancongan
Pendidikan
Perniagaan dan Ekonomi
Keluarga
Kesihatan
Kebajikan Sosial dan Masyarakat
Harta Dan Pelaburan
Perundangan
Kemudahan & Utiliti Awam
Sekuriti, Keselamatan & Maklumat Am
Percukaian, Kutipan & Kewangan
Agama Rasmi
Tarikh: 09-Feb-2010
 
Subuh
06:05
Syuruk
07:24
Zohor
13:25
Asar
16:47
Maghrib
19:27
Isyak
20:38
Bagi Kawasan Bandar Melaka, Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah, Merlimau dan Nyalas
Suhu: 78°F / 26°C
Kelembapan: 87%
Tekanan: 29.84in / 1010hPa ()
Keadaan: Scattered Clouds
Arah Angin: NNE
Kelajuan Angin:
Dikemaskini: 9mph / 15km/h]]>


Berita Terkini Peta Laman
Aktiviti Terkini Pautan
Galeri Gambar Artikel
Pelaburan Borang

Maklumat dalam laman web ini telah dikemaskinikan pada
9 Febuari 2010[08:54:51]

Gunakan Sistem e-Aduan Melaka untuk melaporkan sebarang aduan.
 
Kajiselidik Tahap Kepuasan Pelanggan
 
 
 
Kerajaan Negeri

JAPERUN dan JKKK


Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN)

JAPERUN telah ditubuhkan bagi membantu kerajaan negeri di dalam merancang dan memperbaiki pembangunan di tempat-tempat tertentu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri. 

Melaka merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai JAPERUN yang tersendiri. Terdapat sejumlah 23 JAPERUN di negeri ini yang dipengerusikan oleh YB ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kawasan tersebut.
 
Ahli JAPERUN terdiri daripada:
  • Pengerusi - pengerusikan oleh YB ADUN kawasan
  • Setiausaha - Setiausaha JAPERUN
  • terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di setiap kawasan dan wakil dari jabatan kerajaan.
Tugas JAPERUN:
  • Membincangkan serta merancang program pembangunan / projek bagi meningkatkan taraf ekonomi dan juga taraf kehidupan kumpulan berpendapatan rendah.
  • Membincangkan keperluan untuk mengadakan lebih banyak semangat bergotong-royong di dalam masyarakat kampung terutama terhadap projek seperti membaikpulih masjid, surau, dewan orang ramai dan sebagainya.
  • Membincangkan aspek yang melibatkan keselamatan kampung seperti ancaman penyalahgunaan dadah, pendatang haram dan cara-cara untuk mengatasinya.
  • Membincangkan cara untuk meningkatkan taraf akademik di dalam kampung-kampung tertentu.

 

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK adalah sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi. JKKK telah ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.
 
Ahli JKKK dilantik oleh Ketua Menteri berdasarkan cadangan dari para ADUN. Cadangan ini kemudiannya di sahkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri dan Pegawai Daerah.
 
Jangkamasa perlantikan JKKK ialah dua (2) tahun.
 
Kriteria ahli JKKK :

  • Umur melebihi 21 tahun
  • Tinggal di dalam kampung berkenaan
  • Sekurang-kurangnya tamat pendidikan rendah
  • Mempunyai personaliti yang baik
  • Tiada rekod jenayah

JKKK terdiri daripada 15 ahli seperti berikut :

  • Seorang Pengerusi
  • Seorang Setiausaha
  • 13 ahli biasa 

Jawatankuasa Kecil JKKK adalah seperti berikut :

  • Jawatankuasa Kecil Kebajikan
  • Jawatankuasa Kecil Pendidikan
  • Jawatankuasa Kecil Pertanian
  • Jawatankuasa Kecil Pelancongan dan Industri
  • Jawatankuasa Kecil Infrastruktur dan Kemudahan Awam
  • Jawatankuasa Kecil Belia, Kebudayaan dan Sukan
  • Jawatankuasa Kecil Keselamatan 

Tanggungjawab JKKK :

  • Merancang projek untuk faedah masyarakat kampung
  • Membangunkan dan menjalankan projek yang memupuk semangat bergotong-royong dengan jabatan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).
  • Sebagai orang tengah di antara masyarakat kampung dengan pihak jabatan kerajaan dan NGO.
  • Menjalankan kaedah tertentu untuk memilih setiausaha dan ahli jawatankuasa kecil yang lain
  • Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali
  • Setiausaha perlu memastikan aspek keselamatan kampung terhadap elemen-elemen negatif seperti dadah, pendatang tanpa izin, subversif dan sebagainya.



Siti Hajar Othman
2008-02-26 17:13:47 Halaman ini telah dibaca sebanyak 7986 kali.
Kali terakhir halaman ini dibaca pada 9 February 2010.

Purata Penilaian Pengguna:
tiada penilaian dimasukkan
dari 0 undian
 
 Untuk menilai halaman ini sila log masuk|daftar.
Jumlah Pelawat: 4869039   |   Pelawat Aktif: 19
Tarikh: Selasa, 25 Safar 1431  
Dasar Privasi & Dasar Keselamatan| Hak Cipta| Soalan Lazim| Mengenai Kami| Hubungi Kami| Penafian