You are here:  
Client Charter
  Kami warga JABATAN KETUA MENTERI MELAKA akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap dan berkesan untuk rakyat. Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji: 
1.

Mengeluarkan keputusan urusan perkhidmatan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja untuk proses berikut :

  1. pengesahan pelantikan
  2. pengesahan dalam perkhidmatan dan
  3. pemberian taraf berpencen
2. Memastikan aplikasi kritikal (merujuk Polisi dan Standard Keselamatan ICT Negeri Melaka) di bawah seliaan JKMM beroperasi dengan tahap jaminan 90%.  Aplikasi kritikal tersebut ialah :
  1. Rangkaian WAN dan LAN
  2. Portal Rasmi Kerajaan Negeri
  3. Emel Rasmi Kerajaan Negeri
  4. Gerbang Pembayaran Bersepadu Kerajaan Negeri Melaka ( e-Bayar)
  5. Sistem Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka
  6. Perkhidmatan Web / Application hosting
3.

Memastikan semua aduan/pertanyaan pelanggan JKMM :

  1. Diberi akuan penerimaan dalam tempoh satu (1) hari bekerja
  2. Diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja (kecuali aduan kompleks/berprofil tinggi)
4. Mengeluarkan surat keputusan projek pembangunan secara penswastaan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
5. Memastikan keputusan Kerajaan Negeri berhubung permohonan lesen abstraksi air mentah dimaklumkan kepada pemohon  dalam tempoh masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan fail kelulusan di BKSA
6. Mengemukakan keputusan permohonan menggunakan kenderaan jabatan dalam Kompleks Seri Negeri dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
7. Mengemukakan keputusan permohonan menggunakan bilik mesyuarat dalam Kompleks Seri Negeri dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
8. Memproses tuntutan bayaran dalam tempoh tujuh (7)  hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
9. Semua tempahan Dewan (D) dan Auditorium (A) Seri Negeri akan diberikan maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
Portal Melaka Version 5.0 - developed by Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

10 October10 October