img
You are here:  
Vision, Mission, Objective & Function
Visi
  • Menjadi sebuah organisasi berkeupayaan tinggi melalui inisiatif digitalisasi dalam memberi perkhidmatan kelas pertama ke arah negeri lestari 2035.

 
Misi
  • Memperkukuh penyampaian perkhidmatan secara inklusif melalui penambahbaikan berterusan.
 
Objektif
  1. Memperkasa perancangan dan pelaksanaan pembangunan sosio - ekonomi  yang komprehensif dalam memacu Negeri Melaka;
  2. Melaksana dasar dan strategi untuk memperkukuh pembangunan sosio - ekonomi Negeri Melaka;
  3. Menilai prestasi keberhasilan pelaksanaan dasar dan strategi;
  4. Melahirkan modal insan yang berintegriti dan kompeten dalam menambah baik prestasi penyampaian perkhidmatan;
  5. Memberi perkhidmatan ICT yang diperlukan kepada semua     Bahagian / Unit / Seksyen di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka     termasuk Jabatan / Agensi Negeri yang lain dalam pelaksanaan program-program dan aktiviti ICT yang telah ditetapkan agar Jabatan / Agensi berkenaan menjadi lebih produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan fungsi-fungsinya.
 
Fungsi
  1. Merancang, merangka, menggubal dan melaksanakan Dasar Kerajaan Negeri, Dasar Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran negeri mengikut Jadual Ke Sembilan, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan dan juga peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di dalam perlembagaan Negeri;
  2. Merancang, merangka, menggubal, mengurus dan menyelaras Dasar Kerajaan Negeri berkaitan dengan pentadbiran negeri mengikut Jadual Ke Sembilan, Senarai Bersama, Perlembagaan Persekutuan;
  3. Mengurus, memantau,mengesan dan menilai pelaksanaan setiap Dasar Kerajaan Negeri yang ditetapkan oleh Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Portal Melaka Version 5.0 - developed by Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka