img
You are here:  
Chief Minister Officer
cmi Division / Unit : Chief Minister Officer
Address : Chief Minister of Malacca,
Ground Floor, MITC Tower,
Jalan Konvensyen,
Kompleks MITC,
75450 Ayer Keroh,
Melaka
Name : Encik Masrul Faizal bin Mohamad
Position : Pengurus Besar
Tel : +606-234 6610
Fax : +606-232 4917
E-mel : masrul[at]melaka[dot]gov[dot]my
Vision

Untuk menjadi sebuah organisasi korporat yang dinamik , inovatif , cekap dan proaktif dengan tadbir urus korporat dan etika perniagaan yang baik dan telus

 

Mision
  1. Menguruskan harta – harta Ketua Menteri Melaka (Diperbadankan ) ( CMI ) dengan cekap dan efisyen ;
  2. Menerapkan sifat ketelusan dan akauntabiliti di dalam pengurusan CMI dan Anak-Anak syarikatnya ; dan
  3. Ke arah sebuah organisasi berlandaskan pencapaian KPI dan prestasi.

 

 

Objective
  1. Mewujudkan ketelusan di dalam menyediakan laporan pengurusan dan kewangan supaya maklumat yang dilaporkan adalah benar ;
  2. Menerapkan akauntabiliti / kebertanggungjawaban pihak pengurusan di dalam mentadbir organisasi supaya objektif penubuhan organisasi tercapai;
  3. Mengurus harta-harta Perbadanan Ketua Menteri Melaka secara efektif supaya pungutan hasil dimaksimumkan ; dan
  4. Melaksanakan projek penswastaan / usahasama yang berpotensi supaya hasil dan ekonomi negeri dapat dipertingkatan .

 

 

Main Function 
  1. Menguruskan dan mentadbir harta Perbadanan Ketua Menteri;
  2. Menguruskan permohonan tanah Kerajaan untuk dijadikan hakmilik Perbadanan Ketua Menteri ;
  3. Menguruskan penyewaan/penjualan harta Perbadanan Ketua Menteri;
  4. Menguruskan pembelian hartanah untuk dijadikan hakmilik Perbadanan Ketua Menteri ;
  5. Melaksanakan projek dibawah Jawatankuasa Penswastaan negeri;
  6. Melaksanakan urusan permohonan permit pengeluaran bahan batuan di tanah kerajaan;
  7. Menguruskan pengambilan balik tanah untuk pelaksanaan projek;
  8. Mengenalpasti projek pembangunan baru untuk dibangunkan di lokasi-lokasi yang strategic;
  9. Menguruskan penyelenggaraan bangunan baru untuk dibangunan di lokasi-lokasi yang strategik;
  10. Menguruskan penyelenggaraan bangunan hak milik Perbadanan Ketua Menteri;
  11. Memantau prestasi anak-anak syarikat dibawah Perbadanan Ketua Menteri;
  12. Mengurus tadbir Restoran Melayu Melaka ; dan
  13. Mengurus tadbir Panggung Bangsawan Melaka .

 

 

Client Charter

 

(i)

Memastikan permohonan penyewaan hartanah diproses dan diluluskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

(ii)

Memastikan permohonan pembelian hartanah diproses dan diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

(iii)

Memastikan wang deposit sewa hartanah dikembalikan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh tuntutan dikemukakan.

(iv)

Memastikan aduan pelanggan diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh aduan lengkap diterima kecuali bagi kes-kes yang melibatkan isu perundangan.

 

 

Client Obligation

Untuk membolehkan Bahagian Perbadanan Ketua Menteri Melaka melaksanakan piagam pelanggan dengan berkesan , pelanggan hendaklah :

  1. Menyediakan dokumen yang lengkap dan tepat semasa berurusan .
  2. Menepati dan mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan
  3. Bersikap rasional semasa membuat aduan
Portal Melaka Version 5.0 - developed by Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka