Tawaran Sebutharga ini adalah terbuka kepada pengusaha / syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 222003 & 222009 bagi perkhidmatan:
PERKHIDMATAN SEWAAN DAN PEMASANGAN PENGIKLANAN MENERUSI
BILLBOARD & LRT WRAP BAGI MEMPROMOSIKAN PELANCONGAN NEGERI MELAKA.
Dokumen sebutharga dan keterangan lanjut dalam bentuk hardcopy & softcopy boleh diperolehi pada waktu pejabat di BAHAGIAN PROMOSI PELANCONGAN, JABATAN KETUA MENTERI MELAKA, LOT G-14, BANGUNAN KOTA CEMERLANG, 75450 AYER KEROH, MELAKA. Dokumen sebutharga akan dijual mulai 4 November 2019 (Isnin) hingga 18 November 2019 ( Isnin ).
Syarikat / Pengusaha dikehendaki membawa dan menunjukkan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dibawah Kod Bidang 222003 & 222009 dan Sijil SSM yang asal semasa membuat pembayaran. Dokumen sebutharga yang telah dilengkapkan dan dilakri hendaklah dihantar ke alamat seperti diatas selewat-lewatnya pada hari Isnin bersamaan 18 November 2019 jam 12.00 tengahari.
Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pn. Wan Mariati binti W. Sohak di talian 06-2328402.