You are here:  
Sebutharga Membekal Dan Menghantar Peningkatan Perkakasan Server Di Pusat Data Dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) Negeri Melaka

 

jata melaka
JABATAN KETUA MENTERI MELAKA
 
KENYATAAN IKLAN
 
Tawaran adalah dipelawa daripada Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan yang masih berkuatkuasa dan membuat tawaran pada
masa ini di bawah Kod Bidang 210100 dan Sub-Bidang 210102 dan 210103 bagi Peralatan dan Kelengkapan ICT seperti berikut :-

    SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PENINGKATAN PERKAKASAN SERVER

DI PUSAT DATA DAN PUSAT PEMULIHAN BENCANA (DRC) NEGERI MELAKA

No. Spesifikasi : JKMM.BTMK(S).400-10/2/5 Jld.36(18)

 

2. Tawaran ini telah diiklankan di Sistem Tender Online Melaka melalui alamat https://stom.melaka.gov.my. Naskah-naskah tawaran dan keterangan lanjut boleh diperolehi pada portal berkenaan. Walaubagaimanapun pihak tuan terlebih dahulu perlu membuat pendaftaran pada portal berkenaan dan membuat pembayaran di Pentadbiran ini dengan harga RM20.00 di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras 1, Blok Temenggong, Seri Negeri, 75450 Ayer Keroh, Melaka bermula pada hari Rabu bersamaan 27 Mac 2019 sehingga hari Khamis bersamaan 4 April 2019.

3. Dokumen sebut harga yang telah dilengkapkan dan dilakri hendaklah dihantar ke alamat Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras 1, Blok Temenggong, Seri Negeri, 75450 Ayer Keroh, Melaka di atas selewat-lewatnya pada hari Khamis bersamaan 4 April 2019 sebelum jam 12.00 tengahari.

4. Pembekal adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan perolehan Kerajaan.

Portal Melaka Version 5.0 - developed by Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

10 October10 October