You are here:  
Sebutharga Membekal Dan Menghantar Perkakasan ICT Di Unit Pemantauan Dan Pelaksanaan Negeri Melaka (MIMU) Dan Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Melaka (JPBD)

 

jata melaka
JABATAN KETUA MENTERI MELAKA
 
KENYATAAN IKLAN
 
Tawaran adalah dipelawa daripada Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan yang masih berkuatkuasa dan membuat tawaran pada
masa ini di bawah Kod Bidang 210100 Sub-Bidang 210101 dan 210103 bagi Peralatan dan Kelengkapan Komputer seperti berikut :-

    SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERKAKASAN ICT DI UNIT PEMANTAUAN DAN PELAKSANAAN

DI NEGERI MELAKA (MIMU) DAN JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA NEGERI MELAKA (JPBD)

No. Spesifikasi : JKMM.BTMK(S).400-10/2/5 Jld.37(12)

 

2. Tawaran ini telah diiklankan di Sistem Tender Online Melaka melalui alamat https://stom.melaka.gov.my. Naskah-naskah tawaran dan keterangan lanjut boleh diperolehi pada portal berkenaan. Walaubagaimanapun pihak tuan terlebih dahulu perlu membuat pendaftaran pada portal berkenaan dan membuat pembayaran di Pentadbiran ini dengan harga RM20.00 di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras 1, Blok Temenggong, Seri Negeri, 75450 Ayer Keroh, Melaka bermula pada hari Isnin bersamaan 13 Mei 2019 sehingga hari Khamis bersamaan 23 Mei 2019.

3. Dokumen sebut harga yang telah dilengkapkan dan dilakri hendaklah dihantar ke alamat Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras 1, Blok Temenggong, Seri Negeri, 75450 Ayer Keroh, Melaka di atas selewat-lewatnya pada hari Khamis bersamaan 23 Mei 2019 sebelum jam 12.00 tengahari.

4. Pembekal adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan perolehan Kerajaan.

Portal Melaka Version 5.0 - developed by Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

10 October10 October