Jumaat, 23 Februari 2024 |

1. Apakah itu Portal Melaka?

Portal Melaka adalah singkatan untuk Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka. Portal Melaka merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Melaka melalui Internet..


2. Mengapa Portal Melaka diwujudkan?

Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Melaka telah disediakan secara online dan Portal Melaka diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.


3. Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal Melaka?

Umumnya, Portal Melaka boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli.


4. Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?

Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal Melaka tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan' di bahagian bawah setiap halaman.


5. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal Melaka?

Anda boleh menghubungi:-

Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Jabatan Ketua Menteri Melaka
Aras 1, Blok Temenggong,
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh,
Melaka.Tel: 06-3333333
Emel: webmaster[at]melaka[dot]gov[dot]my

6. Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas kepada Kerajaan Negeri Melaka?

Anda boleh mengisi borang di bahagian "Maklum Balas" dalam Portal. Ia akan disalurkan kepada agensi berkenaan.

Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Google Chrome dan Safari dengan resolusi 1366 x 768


Hakcipta Terpelihara 2024@Kerajaan Negeri Melaka
Portal Melaka Versi 6.0, dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

  • Tarikh Kemaskini: 23 February 2024 
Pelawat: 0009551788 | Statistik