img
Anda di sini:
Analisis Media 21-22 November 2021

1. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali memasuki pejabat secara rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Pejabat Ketua Menteri

#AWANInews #MelakaMemilih

https://www.facebook.com/astroawani/videos/918270772395950/

2. Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan jaminan gabungan itu boleh bergerak sendirian bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Felo Penyelidikan Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid. #AWANInews

https://fb.watch/9qEZQKKZrw/

3. Kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dilihat petanda terbaik untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam waktu terdekat.

Suara akar umbi UMNO menyuarakan pandangan dan kesediaan mereka dalam menggerakkan jentera pilihan raya. #AWANInews

https://fb.watch/9qE-pU4MLW/

4. Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berjaya mencapai objektif banyak pihak yang sebenarnya menolak Pakatan Harapan (PH) untuk kembali memerintah di negeri itu.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim berkata kemenangan itu sekali lagi menunjukkan rakyat mahukan pimpinan parti Melayu Islam terus memerintah. #AWANInews

https://fb.watch/9qF11PV1pM/

5. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpandangan masih terlalu awal bagi Barisan Nasional (BN) untuk memutuskan bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata meskipun parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun BN perlu mengkaji lebih mendalam statistik 65 peratus pengundi yang keluar mengundi. #AWANInews

https://fb.watch/9qF3q5idlq/

6. "Di peringkat persekutuan, ini adalah satu impak yang sangat baik untuk kami lebih bertambah rapat ukhwah."
#AWANInews #AWANIpagi

https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-melaka-capai-objektif-banyak-pihak-tolak-ph-awang-hashim-332170?fbclid=IwAR0ohH6qg4QGRYAO6uieGdffCl1KxF9TPT5Gzifv-QxzXYO-LKeNRBf_GOk

7. "Ibu pejabat mengenal pasti tokoh muda yang diketengahkan, sebahagian daripada 86 peratus muka baharu ini adalah tokoh anak muda mempunyai kepakaran dan pencapaian akademik masing-masing."

#AWANInews #AWANIpagi #PRNMelaka

https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-melaka-terpulang-pucuk-pimpinan-gunakan-model-kejayaan-bn-di-melaka-ab-rauf-332177

8. Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, keputusan itu dibuat untuk membolehkannya mula bertugas dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

#AWANInews #AWANI745 #PRNMelaka

https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-melaka-tidak-ada-salahnya-saya-angkat-sumpah-segera-kerana-jadual-ketat-sulaiman-332174?fbclid=IwAR04oNNhWRLxf2yYRv_qndKPI_aVyFuZlxEEVbbvMfbTZ71lUanSPmRo0tY

9. Ab Rauf berkata, kesemua Ketua UMNO Bahagian di negeri itu sebulat suara menzahirkan sokongan terhadap Sulaiman.

#AWANInews #AWANI745 #PRNMelaka

https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-melaka-saya-tolak-khabar-angin-kami-sokong-sulaiman-sebagai-ketua-menteri-ab-rauf-332171?fbclid=IwAR04vs8tnu2Oaqw0mIpsKgVcK_Ur_Tr6mEO6-u9b5K-h_rOjzvD8HXbYTno

10. Jelas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, 80 peratus adalah muka baharu dalam kalangan calon muda yang memiliki latar belakang pendidikan dan pengalaman yang baik. Hasilnya, rakyat terima formula tersebut UMNO menang 21 kerusi.

#MelakaMemilih #PolitikMalaysia

https://fb.watch/9qFfaFxK2H/

11. Kata Datuk Seri Sulaiman Md Ali, langkah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 pada 1 pagi Ahad itu membolehkan beliau menjalankan tugas dengan lebih awal.

#MelakaMemilih #PolitikMalaysia

https://fb.watch/9qFgSt8iKw/

12. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan kesemua ahli dan pemimpin parti tiada sebarang masalah untuk menentang pelantikan Ketua Menteri Melaka Ke-13.

#MelakaMemilih #PolitikMalaysia

https://fb.watch/9qFjEMHJRf/

13. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menjelaskan pelantikan Sulaiman itu adalah kepercayaan oleh rakyat dengan kerjasama Ketua-Ketua Bahagian di negeri tersebut.

#MelakaMemilih #PolitikMalaysia

https://fb.watch/9qFlwxRQht/

14. Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata penerimaan rakyat Melaka dengan memberikan mandat buat Barisan Nasional (BN) disebabkan rekod pencapaian kerajaan BN terdahulu.

#AWANInews #AWANI745 #PRNMelaka

https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-kelantan-harap-momentum-kemenangan-di-prn-melaka-berterusan-332168?fbclid=IwAR3V-htg-Q7ftPK7DA0jRw3FF3qKK5pLEV8YkrQYidmzQUkJV6tJORLD0GU

15. Chin Tong berkata, Pakatan Harapan perlu bangkit dari episod Melaka, dan menetapkan semula konsep 'Khemah Besar'.

#AWANInews #AWANI745 #PolitikMelaka

https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-melaka-masa-untuk-tetapkan-semula-agenda-pakatan-harapan-liew-chin-tong-332161?fbclid=IwAR1mTGxsBoImqIr2qe38cw8OwqzWe2oj1Y_l6pcVK6grtf_WSzCp5xsY2gU

16. Rakyat tidak mahu budaya katak dalam politik. Itu mesej jelas melihat kepada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kata Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, kemenangan Barisan Nasional (BN) membuktikan bahawa suara rakyat penting dalam memastikan pentadbiran stabil dan yang mempunyai KPI jelas.

#AWANInews #AWANIBorneo

https://fb.watch/9qFqVGT5lH/

17. Supaya tidak tersilap membuat kesimpulan meluas. #AWANInews #AWANI745 #PolitikMelaka

https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-melaka-bukan-masanya-untuk-bn-angkuh-dengan-bergerak-solo-ahli-umno-332137?fbclid=IwAR24M_RP85MMgmdsU0I0eHnWLLfiIrY6Klw6ahVMO2RXzDqc9eZ49RAHYUg

18. Khairy berkata, BN perlu mengkaji lebih mendalam statistik 65 peratus pengundi yang keluar mengundi semalam sebelum memutuskan sama ada akan bergerak secara solo atau sebaliknya pada PRU akan datang.

#AWANInews #AWANI745 #PRNMelaka

https://www.astroawani.com/berita-politik/masih-terlalu-awal-bagi-bn-putuskan-untuk-bergerak-solo-pada-pru-akan-datang-khairy-332149?fbclid=IwAR0USW2LGtMEszg--my4RxjukBvrr1hJoGCYR4XGOUXzmpZarqQHxUUUAI8

19. Kombinasi exco antara pemimpin lama dan juga pemimpin baharu dapat memacu kestabilan politik negara.

Pensyarah Kanan, Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kestabilan politik itu dapat dicapai dengan menunaikan janji menifesto dan memperkenalkan dasar-dasar pentadbiran baharu.

#AWANInews

https://fb.watch/9qFyx6NS_8/

20. Sekiranya Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk terus bergerak solo dalam pilihan raya akan datang, ia merupakan berita buruk buat Muafakat Nasional (MN).

#AWANInews

https://fb.watch/9qFA2Coiqq/

21. Keyakinan rakyat Melaka terhadap kepimpinan Ismail Sabri sebagai perdana menteri membuatkan mereka memilih BN. #AWANInews #AWANI745 #PolitikMelaka

https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-melaka-tahniah-bn-terima-kasih-pm-dan-tok-mat-nazri-332130?fbclid=IwAR3ZI80SNCqOIZymEvBHCr-zfsfxvpBaguVKU7l7k-slTt3xnAAFOT6Y6Xk

img
Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka