img
Anda di sini:
Kempen Promosi Melaka E-Bazar "Buy Now, Travel Later"

Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka (BPP, JKMM) telah menjalinkan kerjasama dengan platform e-commerce terkemuka iaitu Lazada bagi membangunkan Page Melaka di dalam Platform Lazada.

Insentif ini telah diumumkan oleh YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Hj. Sulaiman Bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka melalui Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Melakaku Maju Jaya 2021 : Sejahtera Bersama. Kempen Promosi Melaka E-Bazar "Buy Now, Travel Later" ini akan bermula pada 7 Julai 2021 bersempena Sambutan Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO Ke-13. Kempen ini akan berlangsung sehingga 30 September 2021 di mana Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan bajet sebanyak RM100,000.00 di mana peruntukan ini akan dijadikan e-voucher berbentuk kupon diskaun sehingga 50%.

E-voucher ini boleh dinikmati oleh pengguna bagi mendapatkan produk dan perkhidmatan pelancongan yang ditawarkan oleh lebih 1,000 usahawan dan penggiat industri pelancongan negeri Melaka.

 

melaka_e-bazaar_lazada
img
Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka