Anda di sini:
Majlis Perundingan Ekonomi Negeri (MAPEN)
Datuk Hj. Hasnoor bin Sidang Husin Bahagian / unit : Majlis Perundingan Ekonomi Negeri Melaka (MAPEN)
Alamat : Aras 5, Bangunan Kota Cemerlang,
Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Ketua Jabatan : Datuk Wira Hj. Hasnoor bin Sidang Husin
Tel : +606-2307555
Faks : +606-2530551
E-mel : hasnoor[at]melaka[dot]gov[dot]my



Objektif

Majlis Perundingan Ekonomi Negeri Melaka telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Melaka sebagai badan yang berperanan menyalurkan idea dan pandangan kepada Kerajaan Negeri untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat terutamanya di dalam pembangunan ekonomi.

Majlis akan memberikan pandangan dan cadangan khususnya terhadap pembangunan projek-projek mega yang bernilai lebih daripada RM250 juta dengan menitik beratkan dari segi kesan ekonomi, alam sekitar dan social terhadap peduduk setempat khasnya dan rakyat Melaka amnya.

Melalui sesi percambahan fikiran ahli-ahli majlis juga akan mencadangkan dan membantu Kerajaan Negeri untuk menentukan strategi tindakan dan juga sumber-sumber baru yang boleh meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat Melaka yang lebih baik kearah sebuah negeri yang lebih maju yang berpendapatan tinggi.

Visi

Memangkin Pembangunan Ekonomi Negeri Melaka

Misi

Mengembangkan syor-syor persetujuan komuniti kepada kerajaan dalam strategi ekonomi Negeri Melaka bagi mencapai matlamat Melaka Maju Fasa II


Fungsi Dan Peranan
  • Mengkaji dan menganalisis projek-projek utama(mega) yang bernilai RM250 juta ke atas untuk dilaksanakan dan mengemukakan pandangan untuk pertimbangan Kerajaan Negeri
  • Mencadangakan projek-projek yang sesuai untuk mencapai indicator Melaka Maju Fasa II
  • Mencadangkan pelaburan langsung asing dan tempatan dalam semua sektor pembangunan
  • Mengenalpasti sumber-sumber baru pertumbuhan ekonomi negeri
  • Membincangkan dan member pandangan terhadap apa-apa polisi dan dasar Kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan

Piagam Pelanggan

Warga MAPEN sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti ,cekap dan berkesan untuk semua stakeholdersndan pelanggan .Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji :
  • Mengadakan mesyuarat bersama Ahli Majlis sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.
  • Membuat permohonan pembayaran elaun Ahli Majlis untuk diproses dalam masa 3 hari selepas mesyuarat diadakan
  • Minit mesyuarat mesti sampai kepada Ketua Menteri ,SUK dan Ahli Majlis dalam masa 2 minggu selepas mesyuarat diadakan.
Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka