Anda di sini:
Perbadanan Ketua Menteri (CMI)
Encik Ab Rahman bin Ismail Bahagian / unit : Perbadanan Ketua Menteri
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras Bawah, Menara MITC,
Jalan Konvensyen,
Kompleks MITC,
75450 Ayer Keroh,
Melaka
Ketua Jabatan : Datuk Ab Rahman bin Ismail
Tel : +606-234 6611
Faks : +606-232 4916
E-mel : rahmanismail[at]melaka[dot]gov[dot]my
Visi

Untuk menjadi sebuah organisasi korporat yang dinamik , inovatif , cekap dan proaktif dengan tadbir urus korporat dan etika perniagaan yang baik dan telus

 

Misi
  1. Menguruskan harta – harta Ketua Menteri Melaka (Diperbadankan ) ( CMI ) dengan cekap dan efisyen ;
  2. Menerapkan sifat ketelusan dan akauntabiliti di dalam pengurusan CMI dan Anak-Anak syarikatnya ; dan
  3. Ke arah sebuah organisasi berlandaskan pencapaian KPI dan prestasi.

 

 

Objektif
  1. Mewujudkan ketelusan di dalam menyediakan laporan pengurusan dan kewangan supaya maklumat yang dilaporkan adalah benar ;
  2. Menerapkan akauntabiliti / kebertanggungjawaban pihak pengurusan di dalam mentadbir organisasi supaya objektif penubuhan organisasi tercapai;
  3. Mengurus harta-harta Perbadanan Ketua Menteri Melaka secara efektif supaya pungutan hasil dimaksimumkan ; dan
  4. Melaksanakan projek penswastaan / usahasama yang berpotensi supaya hasil dan ekonomi negeri dapat dipertingkatan .

 

 

Fungsi Utama 
  1. Menguruskan dan mentadbir harta Perbadanan Ketua Menteri;
  2. Menguruskan permohonan tanah Kerajaan untuk dijadikan hakmilik Perbadanan Ketua Menteri ;
  3. Menguruskan penyewaan/penjualan harta Perbadanan Ketua Menteri;
  4. Menguruskan pembelian hartanah untuk dijadikan hakmilik Perbadanan Ketua Menteri ;
  5. Melaksanakan projek dibawah Jawatankuasa Penswastaan negeri;
  6. Melaksanakan urusan permohonan permit pengeluaran bahan batuan di tanah kerajaan;
  7. Menguruskan pengambilan balik tanah untuk pelaksanaan projek;
  8. Mengenalpasti projek pembangunan baru untuk dibangunkan di lokasi-lokasi yang strategic;
  9. Menguruskan penyelenggaraan bangunan baru untuk dibangunan di lokasi-lokasi yang strategik;
  10. Menguruskan penyelenggaraan bangunan hak milik Perbadanan Ketua Menteri;
  11. Memantau prestasi anak-anak syarikat dibawah Perbadanan Ketua Menteri;
  12. Mengurus tadbir Restoran Melayu Melaka ; dan
  13. Mengurus tadbir Panggung Bangsawan Melaka .

 

 

Piagam Pelanggan

Kami warga Perbadanan Ketua Menteri Melaka akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti , cekap , dan berkesan untuk rakyat .Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji : 

  1. Memastikan permohonan penyewaan hartanah diproses dan diluluskan dalam tempoh tujuh (7) hari berkerja daripada tarikh pemohonan lengkap diterima .
  2. Memastikan permohonan pembelian hartanah diproses dan diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  3. Memastikan wang deposit sewa hartanah dikembalikan dalam tempoh 14 hari daripada tuntutan yang lengkap dikemukakan .
  4. Memastikan aduan pelanggan diselesaikan dalm tempoh tujuh (7) hari berkerja daripada tarikh aduan lengkap diterima kecuali bagi kes-kes yang melibatkan isu perundangan.

 

 

Kewajipan Pelanggan

Untuk membolehkan Bahagian Perbadanan Ketua Menteri Melaka melaksanakan piagam pelanggan dengan berkesan , pelanggan hendaklah :

  1. Menyediakan dokumen yang lengkap dan tepat semasa berurusan .
  2. Menepati dan mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan
  3. Bersikap rasional semasa membuat aduan
Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka