Anda di sini:
Badan Kawal Selia Air (BKSA)
bksa Bahagian / unit : Badan Kawal Selia Air
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 5, Blok Bentara,
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
Nama : Puan Faizah binti Abdul Rahman@Sulaiman
Jawatan : Pengarah
Tel : +606-2307674
+606-2307686
Faks : +606-2321779
E-mel : faizahrahman[at]melaka[dot]gov[dot]my  



Visi

Menjadi sebuah badan yang terulung dalam menyelaras dan memantau aktiviti air mentah Negeri Melaka demi untuk kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Melaka

 

Misi

Memastikan sumber air mentah dan alam persekitarannya berada di dalam keadaan yang terpelihara dan mampan bagi menyokong pembangunan sosioekonomi Negeri yang sentiasa berdaya maju

 

Objektif
  • Menyediakan bekalan air mentah yang mencukupi dan berkualiti baik bagi memenuhi keperluan sejajar dengan pertambahan penduduk dan pembangunan sosioekonomi negeri;

  • Melaksanakan fungsi sebagai perancang, pelaksana, penyelaras, pemudah cara, penyelidik dan penguat kuasa secara efektif, sistematik dan efisien dalam pembangunan dan pengurusan sumber air mentah.

 

Fungsi Utama
  • Menyelia dan mengawal selia perkhidmatan bekalan air mentah termasuk menentukan standard kualiti air mentah dan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

  • Memastikan pembekalan air mentah yang optimum dengan caj yang munasabah dan memastikan kualiti air yang dibekalkan adalah selamat.

  • Berfungsi sebagai badan penasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri mengenai apa-apa perkara yang berhubung dengan pembekalan air mentah.

  • Sebagai penggalak dan menggiatkan pembekalan air mentah bagi maksud memajukan pembangunan ekonomi Negeri Melaka.

  • Memantau pemegang lesen supaya menjalankan kewajipan yang dikenakan kepadanya di bawah Enakmen serta lain-lain peraturan yang dibuat dan juga memastikan pemegang lesen dapat dibiayai perjalanan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh lesennya.

  • Memastikan pemegang lesen membayar caj abstraksi air mentah mengikut caj yang ditetapkan.

  • Mengawal selia dan memantau pencemaran ke atas punca air dan air mentah.

 

Piagam Pelanggan
  • Komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap dan berkesan untuk rakyat. Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji:
    • Memastikan paras sumber bekalan air mentah dipantau supaya mencapai 10 juta m3 pada setiap bulan; dan

    • Memastikan laporan bulanan dikeluarkan bagi kebersihan sungai, paras air empangan seta kualiti air mentah Negeri Melaka pada setiap 10 haribulan setiap bulan.

    • Memastikan Bil Air Mentah dikeluarkan kepada pemegang lesen selewat-lewatnya 15 haribulan setiap bulan

    • Memastikan lesen yang dipohon oleh pengguna air mentah dikeluarkan sekurang-kurangnya enam (6) bulan daripada tempoh pembelian borang

Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka