Anda di sini:
Jabatan Landskap Negeri Melaka
sapiahharon Bahagian / unit : Jabatan Landskap Negeri Melaka
Alamat : No.10, Taman MITC Prima, 
75450 Ayer Keroh,
Melaka.
Ketua Jabatan : Puan Sapiah binti Hj. Haron
Tel : +606-253 2510
Faks : +606-253 2521
E-mel : sapiahharon[at]melaka[dot]gov[dot]my



Visi
  • Menjadi peneraju dan pusat kecemerlangan dalam pembangunan landskap untuk mencapai persekitaran hidup yang berkualiti, mampan dan beridentitikan Malaysia


Misi

  • Memastikan pembangunan landskap yang terancang dan berkualiti bagi menyediakan persekitaran hidup yang kondusif


Objektif
  • Mewujudkan persekitaran hidup yang bersih, indah, selesa dan selamat
  • Memandu dan mengawalselia pembangunan landskap seluruh Melaka melalui penggubalan dan penguatkuasaan dasar, peraturan dan akta yang berkaitan.
  • Memelihara keseimbangan antara pembangunan dan alam sekitar melalui pembangunan landskap yang berkualiti dan mampan
  • Memastikan pembangunan landskap, taman awam, kawasan rekreasi dan kawasan lapang yang berkualiti serta berdaya maju
  • Meningkatkan profesionalisme dalam amalan perancangan, pembangunan dan  pengurusan landskap Negeri


Fungsi

 

Bahagian Pengurusan Dan Sumber Manusia:
  • Menguruskan aktiviti pentadbiran jabatan.
  • Menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan sumber manusia
  • Menguruskan kerja-kerja kewangan samaada peruntukan daripada kerajaan negeri dan peruntukan persekutuan.
  • Menyediakan  dan menguruskan belanjawan tahunan jabatan.
  • Menguruskan dan melaksanakan kerja-kerja berkaitan teknologi maklumat terutama kemasukan data.
  • Menguruskan mesyuarat rasmi jabatan.

 

Bahagian Perancangan Dan Pembangunan:
  • Membuat penilaian tapak bagi setiap projek yang dicadangkan samada projek baru, projek menaik taraf atau projek sambungan.
  • Merancang projek-projek pembangunan taman awam bagi seluruh negeri.
  • Merancang projek-projek landskap / penanaman pokok bagi negeri melaka.
  • Membuat pelan cadangan bagi projek-projek pembangunan dan projek landskap.
  • Melaksanakan Pelan Induk Landskap bagi Negeri Melaka.
  • Membuat anggaran kos bagi cadangan pembangunan projek.
  • Memohon peruntukan bagi pembangunan taman awam dan landskap daripada kementerian pelancongan, sumber asli, jabatan landskap negara dan lain-lain.
  • Menyediakan dokumen tender bagi projek-projek landskap.
  • Menguruskan peruntukan yang diterima daripada kerajaan negeri dan persekutuan.
  • Membuat penilaian kepada projek-projek pembangunan landskap
  • Memberikan khidmat teknikal kepada jabatan/agensi atau NGO yang memerlukan.

 

Bahagian Dasar Dan Pengurusan Landskap:
  • Memantau dan membuat laporan mengenai pengurusan landskap di seluruh kawasan.
  • Memantau dan menyediakan laporan keadaan keseluruhan taman-taman awam.
  • Membuat cadangan bagi menaiktaraf pengurusan landskap dan taman di kawasan yang dikenalpasti.
  • Mengumpulkan semua dasar-dasar serta peruntukan peraturan berkaitan pembangunan dan pengurusan landskap daripada negeri ataupun persekutuan.
  • Memastikan dasar-dasar landskap yang ditetapkan digunapakai oleh setiap pihak berkuasa tempatan.
  • Menyediakan laporan dan maklumbalas mengenai permohonan pengalihan pokok bagi setiap projek pembangunan.
  • Melaksanakan inventori pokok utama dengan semua Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Melaksanakan inventori taman awam dan rekreasi bersama dengan semua Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Melaksanakan inventori kawasan lapang dengan semua Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Menyediakan cadangan bagi melaksanakan nurseri berpusat di Negeri Melaka.
  • Mengumpul maklumat mengenai penanaman pokok bagi seluruh Negeri Melaka.

Piagam Pelanggan
  • Memberi maklumbalas kepada Pihak Berkuasa Tempatan berhubung permohonan penebangan dan pengalihan pokok dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Menyiapkan laporan setiap suku penggal bagi kempen penanaman pokok untuk diserahkan kepada Jabatan Landskap Negara dalam tempoh 7 hari bekerja

 

 

Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka