![]() |
Bahagian / unit | : | Pejabat Pemantauan Dan Pelaksanaan Negeri Melaka (MIMO) |
Alamat | : | No.6, Bukit Peringgit 75400 Peringgit Melaka |
|
Nama | : | Kosong | |
Jawatan | : | Pengarah | |
Tel | : | 06-281 2475 | |
Faks | : | 06-281 5349 | |
E-mel | : | - | |
Media Sosial | : | Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri Melaka (FB) |
Visi
Agensi penggerak yang ulung dalam pelaksanaan pembangunan Negeri Melaka.
Misi
Menerajui pemantauan projek dan program pembangunan negeri secara dinamik dan efisien dengan mengamalkan tadbir urus yang baik dan nilai integriti yang tinggi.
Objektif
Memastikan projek/ program pembangunan negeri dilaksanakan menepati masa, berkualiti dan sempurna berdasarkan kehendak pelanggan.
Fungsi
Piagam Pelanggan
Agensi penggerak yang ulung dalam pelaksanaan pembangunan Negeri Melaka.
Misi
Menerajui pemantauan projek dan program pembangunan negeri secara dinamik dan efisien dengan mengamalkan tadbir urus yang baik dan nilai integriti yang tinggi.
Objektif
Memastikan projek/ program pembangunan negeri dilaksanakan menepati masa, berkualiti dan sempurna berdasarkan kehendak pelanggan.
Fungsi
- Melaksanakan pemantauan terhadap kemajuan fizikal dan prestasi perbelanjaan projek/ program pembangunan negeri;
- Melaksanakan projek berskala kecil dan memberikan khidmat nasihat teknikal kepada Jabatan/ Agensi bukan teknikal;
- Melaksanakan kajian dan penilaian outcome terhadap keberkesanan pelaksanaan projek/ program pembangunan negeri;
- Menyelaras pengumpulan maklumat pembangunan negeri menerusi Pusat Data Pembangunan Negeri;
- Menyelaras maklumat dan menyediakan laporan pembangunan negeri kepada pengurusan tertinggi Kerajaan Negeri Melaka;
- Pemantauan pelaksanaan inisiatif PSMJ dalam kesemua 11 Flagship;
- Menjalankan pengujian pencapaian untuk setiap inisiatif PSMJ berdasarkan Flagship (11 Flagship);
- Melaksanakan libat urus dan pandangan awam dalam analisis maklumat pencapaian PSMJ menerusi Melaka Laksana;
- Menganalisis dan sistesis maklumat impak hasil Penilaian Strategik dan KPO;
- Menyuraikan maklumat hasil pencapaian PSMJ menerusi infografik bagi publisiti di Media Sosial dan Portal Rasmi PSMJ.
Piagam Pelanggan
(i) |
Mengemukakan pelaporan pemantauan terhadap prestasi perbelanjaan dan prestasi fizikal program/ projek kepada pengurusan tertinggi Kerajaan Negeri Melaka pada setiap kali Mesyuarat Jawatankuasa Negeri Perancangan Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Pantai & Sungai, Pengurusan Air, Hal Ehwal Agama, Perindustrian, Pelaburan, Teknologi, Komunikasi, Multimedia Dan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC). |
(ii) |
Memastikan pencapaian 92% perbelanjaan pembangunan peruntukan negeri bagi setiap tahun. |
(iii) |
Memastikan Sesi Kajian Penilaian Outcome Peringkat Negeri Melaka diadakan satu kali setiap dua (2) tahun. |