Anda di sini:
Unit Kerajaan Tempatan (UKT)
kpsu Bahagian / unit : Unit Kerajaan Tempatan
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras Bawah, Blok Shahbandar
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
Ketua Jabatan : Encik Mohd Fadhil bin Hassan
Tel : +606-230 7541
Faks : +606-233 1297
E-mel : fadhil[at]melaka[dot]gov[dot]my



Visi
  • Pembangunan Lestari PBT Mampan.

 

Misi
  • Menjadikan PBT sebuah organisasi yang lestari, mempunyai pengurusan kewangan yang mantap dan memastikan Negeri Melaka Indah, Bersih dan Selamat.

 

Objektif
  • Memantau dan menyelaras Pentadbiran PBT supaya lebih cekap dan berkesan melalui peningkatan dan pengukuhan sistem penyampaian perkhidmatan memantapkan pengurusan kewangan PBT serta memastikan pembangunan Negeri Melaka dilaksanakan secara lestari.

 

Fungsi
  • Memastikan semua keputusan Jemaah Menteri, Majlis Negeri Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Negeri dipatuhi dan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Melaporkan aktiviti dan program yang berkaitan dengan pentadbiran, kewangan dan pelaksanaan projek kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri.
  • Memastikan semua fungsi dan Pihak Berkuasa Tempatan dilaksanakan selaras dengan garis panduan dan Undang-Undang yang sedia ada.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan projek Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Membantu Pihak Berkuasa Tempatan di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan dari aspek kewangan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

 

Piagam Pelanggan
  • Menyalurkan Maklumat / Arahan Kerajaan Persekutuan / Negeri kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam masa 7 hari bekerja
  • Menyalurkan Undang-Undang dan Dasar Kerajaan daripada Kementerian yang telah diluluskan / ditimbalguna oleh Kerajaan Negeri dalam masa 7 hari bekerja kepada Pihak Berkuasa Tempatan
  • Menyediakan Kertas Kerja Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dimajukan oleh PBT kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam masa 7 hari bekerja selepas ulasan daripada Jabatan / Agensi berkaitan diterima
  • Memastikan penyata-penyata kewangan tahunan PBT disediakan mengikut prinsip perakaunan akruan dan dikemukakan ke audit negeri selewat-lewatnya pada bulan Jun berikutnya
  • Memastikan pengagihan peruntukan yang seimbang bagi projek pembangunan kepada PBT dan baucer-baucer pembayaran yang telah lengkap dengan dokumen sokongan disiapkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan untuk dikemukakan ke Bendahari Negeri / Akauntan Negara bagi pembayaran.
Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka