Anda di sini:
Bahagian Khidmat Pengurusan
bkp Bahagian / unit : Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 2, Blok Temenggong,
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh,
Melaka
Nama : Encik Adnan bin Ahmad
Jawatan : Setiausaha Bahagian
Tel : +606-333 3333 samb. 7230
Faks : +606-232 2107
E-mel : adnan[at]melaka[dot]gov[dot]my



 

Visi
  • Menjadikan sebuah sektor yang berkualiti dan cemerlang dalam :
  1. Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan
  2. Pengurusan Protokol dan Istiadat
  3. Pungutan hasil untuk Kerajaan Negeri

Misi
  • Memberi Perkhidmatan yang terbaik, bertanggungjawab, cekap dan berkualiti kepada pelanggan disamping mempertingkatkan sumber pendapatan negeri

Objektif
  1. Meningkatkan mutu pelaksanaan pengurusan pentadbiran pejabat dan istiadat di Jabatan Ketua Menteri Melaka.
  2. Meningkatkan kutipan hasil serta menambah aset Kerajaan Negeri

Fungsi
  1. Pelaksanaan jentera Pentadbiran di Jabatan Ketua Menteri Melaka.
  2. Pelaksanaan kutipan hasil aset Kerajaan Negeri Melaka.
  3. Pelaksanaan Protokol dan Istiadat di Jabatan Ketua Menteri Melaka.
  4. Pemantauan urusan kewangan di Jabatan Ketua Menteri Melaka

 

Piagam Pelanggan

 

1.

UNIT PENTADBIRAN 

(i) Mengemukakan keputusan permohonan menggunakan kenderaan jabatan dalam Kompleks Seri Negeri dalam tempoh masa tiga (3) hari bekerja.

 

(ii) Mengemukakan keputusan permohonan menggunakanbilik mesyuarat dalam Kompleks Seri Negeri dalam tempoh masa dua (2) hari bekerja.

2.

UNIT KEWANGAN 

Memastikan tuntutan bayaran diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

3.

UNIT PENGURUSAN BANGUNAN DAN ASET 

(i) Memproses permohonanmenggunakan rumah tetamu dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

 

(ii) Memproses permohonan peralatan dan kemudahan peralatan pejabat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

 

(iii) Kerja pembaikan bangunan Seri Negeri dan Kuarters diselesaikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima.

 

(iv) Semua tempahanAuditorium Seri Negeri akan diberikan maklum balas dalam tempoh lima (3) hari bekerja

4.

UNIT PUSAT SUMBER

(i) Menyediakan reka bentuk, reka letak dan cetakan bahan penerbitan yang lengkap dalam masa lima (5) hari dari tarikh permohonan diterima.

 

(ii) Membekalkan gambar aktiviti kepada Bahagian/Unit Jabatan Ketua Menteri Melaka/Agensi Luar dalam masa dua (2) hari dari tarikh permohonan

5.

UNIT PENGURUSAN MAJLIS DAN PROTOKOL 

(i) Memastikan khidmat nasihat dan bantuan protokol berkaitan Majlis / Istiadat / Lawatan Pembesar dalam dan Luar Negara / Kunjung Hormat diberikan kepada penganjur mengikut amalan protokol

  (ii) Memastikan jemputan kepada Dif-Dif Kehormat Negeri Melaka untuk majlis / istiadat rasmi Negeri Melaka dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja sebelum tarikh majlis / istiadat
  (iii) Lawatan Pembesar Negeri Melaka ke luar negara diuruskan dalam tempoh 2 hari selepas arahan diterima.
Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka