Anda di sini:
Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Melaka (MKJR)
mkjr Bahagian / unit : Majlis Keselamatan Jalanraya Negeri Melaka
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 1, Blok Temenggong, Seri Negeri,
Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka.
Ketua Jabatan : Encik C.Gangkathran a/l Chinniah
Tel : +606 230 7648 / 7646 / 7647
Faks : +606 232 2844
E-mel : gangkathran[at]melaka[dot]gov[dot]my



Visi
  • Bertanggungjawab membentuk Dasar , merancang dan menyelaras pembangunan pengangkutan Jalan , Keretapi LRT , dan Majlis Keselamatan Jalan Raya yang Praktik dan berkesan.

 

Misi
  • Menyediakan perkhidmatan Sistem Pengangkutan Darat Cekap , Cepat , Selamat dan berkesan

 

Fungsi
  • Melaksana dan merealisasikan Fungsi Utama Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Melaka melalui 3 E :
    • Educations ( Pendidikan )
    • Enforcement ( Penguatkuasaan )
    • Engineering ( Kejuruteraan )
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti / program bangi meningkat kesedaran pengguna jalan raya sepanjang tahun
    • SeminarCeramah
    • Kempen
    • Pameran
    • Pertandingan ( Melukis / Pidato / Pendidikan Lalulintas)
  • Mengadakan Kempen dan Klinik Keselamatan Jalan Raya di Peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Shell Malaysia.
  • Mengadakan Ceramah / Pameran / Kempen di Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta , Kilang kilang, Kem-Kem Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) Jabatan dan Agensi Kerajaan dan swasta.
  • Mengadakan Ceramah / Pameran dan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Peringkat Parlimen , Dewan Undangan Negeri ( DUN ) dan peringkat Kampung dengan kerjasama JKKK.
  • Mengadakan Kempen bersama Jabatan dan wakil ADUN kawasan di jalan jalan yang kerap berlaku kemalangan jalan raya di Daerah Melaka Tengah , Alor Gajah dan Jasin.
  • Merancang , mengurus dan memantau Penguatkuasaan kesalahan pengguna jalan raya setiap kali selepas kempen dan Ceramah Keselamatan jalan raya diadakan.
  • Bekerjasama dan terlibat dalam Operasi Bersepadu anjuran Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Melaka cawangan Trafik melibatkan anggota Sukarelawan MKJR seramai 15 Orang.
  • Mengenal pasti dan memantau lokasi jalan-jalan Black Spot , iaitu jalan-jalan yang kerap berlaku kemalangan jalan raya melibatkan kes Kemalangan Maut , Kematian , Kecederaan Parah dan Kecederaan Ringan.
  • Menerima aduan pengguna jalan raya , memantau dan mengambil tindakan perkara berkaitan kerosakan jalan jalan raya dan kerosakan Lampu Isyarat dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan pekerja dijalan raya.
  • Menyediakan Laporan Kemalangan Jalan Raya dan maklum balas untuyk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka ( MMKN ).
  • Mengadakan Program Bersepadu Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Rendah Negeri Melaka bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

 

Piagam Pelanggan
  • Mengubal, Dasar dan mewujudkan sistem pengangkutan rel yang cekap , ekonomi , selesa , selamat dan bertaraf antarabangsa / dunia.
  • Menetapkan dasar, strategik dan melaksanakan program-program bagi meningkatkan keselamatan jalan raya.
  • Menyelaraskan semua aduan secara sistematik dan cekap supaya diselesaikan dalam tempoh dua minggu dari memenuhi kepuasan pelanggan.
  • Menetapkan dasar berhubung dengan pengujian dan perlesenan pemandu dan pendaftaran kenderaan bagi mencapai matlamat:
    • Melahirkan Pemandu yang berhemah.
    • Memastikan kenderaan yang digunakan adalah dalam keadaan baik dan selamat digunakan di jalan raya dan mematuhi sistem piawaian bertaraf antarabangsa.
    • Mewujudkan Sistem pencukaian yang saksama bagi pemandu dan kenderaan.
Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka