Majlis Sukan Negeri Melaka
msn Bahagian / unit : Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM)
Alamat : Jalan Lawn Bowls,
Kompleks Sukan Hang Jebat,
75260, Melaka
Nama : Kosong
Jawatan : Pengarah
Tel : +606-336 3100
Faks : +606-336 3123
E-mel : -





Visi
  • Kecemerlangan sukan dalam Negeri Melaka akan dapat dicapai ke tahap tertinggi sekali dengan komited yang jitu dan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan Antarabangsa.

 

Misi
  • Komited kepada perkembangan dan kemajuan sukan prestasi tinggi yang mantap bagi melahirkan atlet negeri yang berkualiti, cemerlang dan berdaya saingdi pelbagai peringkat kejohanan dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibah dan imej negeri Melaka.

 

Objektif
  • Merancang, merumus dan menyelarasn segala dasar dan matlamat sukan negeri;
  • Untuk menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi soasial melalui sukan;
  • Untuk mencapai kecermalangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibbah dan imej negeri.

 

Fungsi Utama
  • Menyelaras dan membantu persatuan-persatuan sukan prestasi tinggi Negeri Melaka;
  • Mempergiatkan program-program pembangunan atlit Negeri Melaka;
  • Mentadbir kewangan Majlis Sukan Negeri bagi mencapai objektif secara optima;
  • Merancang dan menyelaras program-program sukan;
  • Membuat syor-syor kepada kerajaan Negeri Melaka berhubung cara, langkah dan dasar yang perlu diambil bagi memudahkan kemajuan sukan.

 

Piagam Pelanggan

 

(i)

Mengadakan mesyuarat bersama Persatuan Sukan Negeri sekurang-kurangnya lima (5) kali setahun.

(ii)

Memproses permohonan bantuan kewangan kepada Persatuan Sukan Negeri dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diluluskan.

(iii)

Memproses permohonan bantuan kewangan dan peralatan sukan dari Persatuan Sukan dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang telah lengkap

(iv)

Membuat bayaran dan mengeluarkan cek bantuan kewangan kepada persatuan sukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diluluskan. Ia tetap bergantung kepada peruntukan yang sedia ada

(v)

Membuat bayaran kepada pembekal dalam tempoh 14 hari dari tarikh bekalan atau perkhidmatan diterima dan segala dokumen yang berkaitan dilengkapkan.

(vi)

Membuat pemantauan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan latihan Porgram Pembangunan Sukan Pelapis.

Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka