Anda di sini:
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)
tapem Bahagian / unit : Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
Alamat : No. 34-4, Tingkat 4,
Bangunan Kota Cemerlang, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka.
Nama : Encik Azrin bin Ab Majid
Jawatan : Pengurus Besar
Tel : +606-233 1539
Faks : +606-233 1450
E-mel : azrinmajid[at]melaka[dot]gov[dot]my



 

Visi
  • “Melahirkan Anak Melaka yang berpendidikan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu melalui pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan pendidikan.”

 

Misi
  • Menjadikan TAPEM sebagai agensi pemangkin utama dalam menggalakkan dan memperkasa semangat daya juang anak Negeri Melaka ke arah pencapaian dan penguasaan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi supaya menjadi penyumbang pembangunan dan kemajuan kepada Negeri Melaka khasnya dan Negara Malaysia amnya.

 

Objektif


Tujuan penubuhan TAPEM adalah:

  1. Membantu meringankan masalah kewangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar anak Melaka yang menuntut di sekolah/institusi pengajian tinggi samada Sekolah Menengah atau yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta
  2. Memaju dan meningkatkan kualiti pendidikan di kalangan anak-anak Melaka dan warganegara Malaysia yang lazimnya bermastautin di Melaka.
  3. Menawar dan menguruskan pemberian:
  • Pinjaman Wang Pengajian Tinggi kepada anak-anak Melaka yang mendapat tawaran di IPTA/IPTS yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri
  • Pemberian Biasiswa Kecil dan Biasiswa Insentif kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan di dalam negeri Melaka dan Sekolah Menengah Agama di dalam dan luar Melaka
  • Pemberian sumbangan Bantuan Persekolahan Rendah mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
  • Mengadakan Program Anugerah Pelajar Cemerlang bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, PMR dan UPSR
  • Mengadakan program-program pendidikan yang diputuskan oleh Lembaga TAPEM dan Kerajaan Negeri

 

Fungsi
  • Menguruskan Pemberian Pinjaman Wang Pengajian Tinggi Kepada Anak Negeri Melaka yang Melanjutkan Pengajian ke IPTA dan Beberapa IPTS yang tersenarai dibawah tajaan TAPEM
  • Menguruskan Pemberian Bantuan Sumbangan Kewangan kepada Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
  • Menguruskan Pemberian Biasiswa (Biasa/Asnaf) kepada Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Dalam Negeri Melaka.
  • Menguruskan Pemberian Bantuan Persekolahan Kepada Murid-Murid Sekolah Rendah

 

Piagam Pelanggan
  • Memastikan maklumbalas setiap surat menyurat / keputusan mesyuarat / memo dilakukan dalam masa 3 hari bekerja.
  • Permohonan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT)
  • Menguruskan dokumentasi permohonan setiap sesi pengajian dalam tempoh 40 hari bekerja.
  • Memproses dokumen surat perjanjian mengikut sesi pengajian dalam tempoh 20 hari bekerja.
  • Menawar dan memproses permohonan Biasiswa Sekolah Menengah dan Bantuan Persekolahan Sekolah Rendah dalam tempoh 6 bulan.
  • Menerima dan memproses permohonan Bantuan Institut Pengajian Tinggi (IPT) setiap hari bekerja.
  • Memproses semua dokumen bayaran yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Menguruskan terimaan bayaran balik PWPT pada setiap masa.
  • Memastikan tindakan diambil kepada peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik PWPT melebihi 3 bulan.
Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka