Anda di sini:
Latar Belakang
seri_negeri

 

Pada tahun 1983, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKN) bersetuju menukar nama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)  Melaka kepada Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM). Merujuk kepada rekod, pusat pentadbiran SUK selepas kemerdekaan tahun 1957 dikatakan berpusat di Wisma Negeri Jalan Hang Tuah di bawah pentadbiran Ketua Menteri Melaka yang Pertama iaitu Allhayarham Datuk Kurnia Jasa Othman Bin Talib.

JKMM merupakan jabatan terpenting di bawah kuasa Eksekutif Kerajaan Negeri yang berkuasa penuh terhadap semua dasar dan perintah-perintah kerajaan. JKMM juga adalah penyelaras dan sebagai sumber rujukan bagi semua Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Jabatan Ketua Menteri Melaka yang kini berpusat di Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh telah memulakan operasinya bermula  mulai 4 Mei 1999 bersamaan 29 Muharram 1421H

Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka