Anda di sini:
Majlis Bersama Jabatan

 

 

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN BAGI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA

 

 

KEAHLIAN

 

  1. Majlis Bersama Jabatan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (selepas ini disebut sebagai “Majlis”) hendaklah mengandungi tujuh belas (17) orang ahli termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-setiausaha yang terdiri daripada tujuh (7) ahli yang dilantik oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri (selepas ini disebut sebagai ‘Pihak Pegawai’) dan sepuluh (10) ahli yang dipilih oleh pekerja-pekerja itu sendiri yang mewakili pekerja-pekerja di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (selepas ini disebut sebagai “Pihak Pekerja”).

 

PIHAK PEGAWAI

 

  1. Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah terdiri daripada Pegawai-pegawai di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka seperti berikut :-

 

  1. a) YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka             -           Pengerusi
  2. b) Timbalan Setiausaha Kerajaan                            -           Ahli    

(Pengurusan)

  1. c) Ketua ICT Negeri                                                     -           Ahli

                        (Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat)

  1. e) Setiausaha Bahagian                                             -           Ahli

                        (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

  1. f) Setiausaha Bahagian                                             -           Ahli

                        ( Bahagian Khidmat Pengurusan)

  1. g) Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan                -           Ahli

                        (Bahagian Komunikasi Korporat)

 

           

           

  1. h) Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan -           Setiausaha

                        (Unit Pentadbiran)

 

                        Mereka ini akan dilantik atas nama jawatan masing-masing.

 

PIHAK PEKERJA

 

  1. Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka gred 44 dan ke bawah, bukan Ketua Bahagian / Ketua Unit, tidak terlibat dalam membuat keputusan dan dipilih oleh pekerja-pekerja yang berkhidmat di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka. Peraturan bagi pemilihan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang akan disediakan buat permulaannya oleh satu Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pihak Pekerja di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dan diluluskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.  Ahli-ahli Pihak Pekerja adalah seperti berikut:

 

  1. a) dua (2) orang wakil Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41-44

 

  1. b) dua (4) orang wakil Pegawai Kumpulan Sokongan Gred 29-40

 

  1. c) dua (2) orang wakil Pegawai Kumpulan Sokongan Gred 19-28

 

  1. d) dua (2) orang wakil Pegawai Kumpulan Sokongan Gred 1-18

 

 

  1. Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang dilantik wakil yang mengosongkan jawatan itu atau pekerja-pekerja itu sendiri.

 

  1. Ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama dua (2) tahun mulai daripada tarikh pelantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik/dipilih.

 

PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS

 

  1. Pegawai-pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada dan dipilih oleh Pihak Pekerja.     Tiap-tiap pihak dalam Majlis hendaklah melantik seorang daripadanya untuk memenuhi jawatan Setiausaha Bersama.

 

TUJUAN

 

  1. Tujuan Majlis adalah untuk memperolehi seluas-luas kerjasama antara Pihak Pegawai dengan Pihak Pekerja di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja berkenaan, untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja dan amnya untuk mengumpul pelbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Selain itu, di antara perkara-perkara turut akan dibincangkan adalah seperti hal-hal pentadbiran, elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan dan kebajikan kakitangan serta hal-hal lain.

 

BIDANG DAN FUNGSI

 

  1. Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Majlis yang mana adalah berikut :-

 

  1. membincangkan dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada kaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali perkara-perkara yang melibatkan dasar Kerajaan atau hal-hal perseorangan;

 

  1. membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;

 

  • menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran berbagai jabatan; dan

 

  1. Mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.

 

PERJALANAN MESYUARAT

 

  1. Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi Majlis hendaklah diadakan tiga (3) bulan sekali iaitu empat (4) kali setahun.

 

  1. Kuorum bagi mesyuarat Majlis hendaklah tidak kurang daripada 50% (4) orang ahli Pihak Pegawai dan 50% (5) orang ahli Pihak Pekerja.

 

  1. Notis bagi panggilan mesyuarat hendaklah disediakan dan diedarkan oleh Setiausaha Bersama tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat.

 

  1. Usul bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh Setiausaha-setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh mesyuarat.  Perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam usul hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi.

 

  1. Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi atau Naib Pengerusi apabila dikehendaki. Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh Pegawai-pegawai Majlis. Perkara-perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis panggilan mesyuarat tersebut.

 

  1. Sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis, maka ahli Pihak Pegawai terkanan boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis dengan kebenaran daripada Pengerusi. Dalam apa keadaan sekalipun, Naib Pengerusi iaitu Pengerusi Pihak Pekerja tidak boleh mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis.

 

  1. Minit Mesyuarat MBJ hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi dan Setiausaha Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja.

 

 

KEPUTUSAN

 

  1. Segala keputusan-keputusan Majlis hendaklah dicapai secara persetujuan di antara kedua-dua pihak.

 

  1. Keputusan yang diambil jika tidak ada hubungan dengan jabatan-jabatan lain dan tidak pula bertelingkah dengan dasar Kerajaan bolehlah diselenggarakan atau dilaksanakan terus oleh Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Bagi keputusan yang ada kaitan dengan dasar Kerajaan ataupun dengan jabatan-jabatan lain, ianya hendaklah dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun jabatan-jabatan yang berkenaan.

 

  1. Perlembagaan Majlis boleh dipinda di mana-mana mesyuarat Majlis dengan persetujuan tidak kurang daripada 50% ahli Pihak Pekerja. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-kurangnya   sebulan   sebelum   tarikh         Segala    pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Majlis hendaklah dikemukakan ke Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk diluluskan.

 

  1. Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai penggubal dasar boleh menetapkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat dan pertentangan di antara Pihak Pegawai dengan Pihak Pekerja mengenai penggubalan dan pindaan perlembagaan Majlis.  Segala keputusan yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam adalah muktamad selari dengan kuasa yang diperuntukkan dalam perenggan 13 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992.

 

URUSETIA

 

 

 

  1. CIK SITI HAJAR BINTI ABDUL RAHMAN

 

Penolong Setiausaha Kerajaan

 

06-2307259

 

sitihajar@melaka.gov.my

 

  1. SABIRA AMINAH BINTI CHE SHAHRIN

 

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

 

06-2307429

 

sabira@melaka.gov.my

 

 

 

 

Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka