Logo Kerajaan Negeri Melaka

Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM)

Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM)

Tuan Haji Ismail bin Abdol Jalil Bahagian / unit : Majlis Sukan Negeri Melaka
Alamat : Jalan Lawn Bowls,
Kompleks Sukan Hang Jebat,
75260 Krubong
Melaka
Ketua Jabatan : Tuan Haji Ismail Bin Abdol Jalil
Tel : +606-3363100
Faks : +606-3363123
E-mel : ismailjalil[at]utem[dot]edu[dot]my





Visi
  • Kecemerlangan sukan dalam Negeri Melaka akan dapat dicapai ke tahap tertinggi sekali dengan komitmen yang jitu dan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

 

Misi
  • Komited kepada perkembangan dan kemajuan sukan prestasi tinggi yang mantap bagi melahirkan atlit negeri yang berkualiti, cemerlang dan berdaya saing di pelbagai peringkat kejohanan dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibah dan imej Negeri Melaka.

 

Objektif
  • Merancang, merumus dan menyelarasn segala dasar dan matlamat sukan negeri;
  • Untuk menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi soasial melalui sukan;
  • Untuk mencapai kecermalangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibbah dan imej negeri.

 

Fungsi Utama
  • Menyelaras dan membantu persatuan-persatuan sukan prestasi tinggi Negeri Melaka;
  • Mempergiatkan program-program pembangunan atlit Negeri Melaka;
  • Mentadbir kewangan Majlis Sukan Negeri bagi mencapai objektif secara optima;
  • Merancang dan menyelaras program-program sukan;
  • Membuat syor-syor kepada kerajaan Negeri Melaka berhubung cara, langkah dan dasar yang perlu diambil bagi memudahkan kemajuan sukan.

 

Piagam Pelanggan

 

Kami warga MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA sentiasa komited dalam perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap dan berkesan. Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji:

  • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurus sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun;
  • Mengadakan mesyuarat bersama Persatuan Sukan Negeri lima (5) kali setahun;
  • Memproses permohonan bantuan kewangan kepada Persatuan Sukan Negeri dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diluluskan;
  • Menjelaskan bayaran bantuan kewangan kepada Persatuan Sukan Negeri dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diluluskan;
  • Menjelaskan bayaran kepada pembekal dalam tempoh 14 hari dari tarikh bekalan atau perkhidmatan diterima beserta dengan dokumen yang lengkap; dan
  • Menjalankan pemantauan latihan Program Pembangunan Sukan Pelapis sekurang-kurangnya dua (2) kali sebulan.