img
Anda di sini:
Yang Di-Pertua Negeri
tyt



Institusi Yang di-Pertua Negeri Melaka merupakan sebuah institusi yang tertinggi di Negeri Melaka. Negeri yang mempunyai Yang di-Pertua Negeri adalah negeri yang tidak mempunyai Sultan atau Raja. Institusi ini diamalkan berdasarkan perlantikan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Ketua Menteri. Berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri dilantik untuk tempoh sepenggal atau empat tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif di dalam mana-mana aktiviti komersial.

 

Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam dilahirkan di Hospital Melaka pada 24 Ogos 1949 dan merupakan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7 dan terkini sejak tahun 2020. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama YABhg. Toh Puan Datuk Wira Hajah Asmah Abdul Rahman pada tahun 1985 dan dikurniakan tiga cahayamata, dua lelaki dan seorang perempuan iaitu Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Wan Nadzirah binti Mohd Ali dan Muhammad Hamka bin Mohd Ali.

 

Alamat Pejabat:

Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri,

Jalan Seri Negeri,

75450 Ayer Keroh,

Melaka.

 

Laman Web Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka: https://www.tytmelaka.gov.my

 

Senarai TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka

No.

Nama

Dari

Hingga

1

TYT TUN LEONG YEW KOH

31 Ogos 1957

31 Ogos 1963

2

TYT TUN HAJI ABDUL MALEK BIN YUSOF

31 Ogos 1963

30 Ogos 1971

3

TYT TUN HJ. ABDUL AZIZ BIN HJ ABDUL MAJID

31 Ogos 1971

9 Mei 1975

4

TYT TUN SYED ZAHIRUDDIN BIN SYED HASSAN

23 Mei 1975

30 November 1984

5

TYT TUN DATUK SERI UTAMA SYED AHMAD AL HAJ BIN SYED MAHMUD SHAHABUDIN

4 Disember 1984

 

 3 Jun 2004

 

6

TYT TUN DATUK SERI UTAMA DR MOHD KHALIL BIN YAAKOB

4 Jun 2004

3 Jun 2020

7

TYT TUN SERI SETIA (DR.) HJ. MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM

4 Jun 2020

Kini

 

img
Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka