Anda di sini:
Sebutharga Membekal Dan Menghantar Peningkatan Keselamatan Dan Pengaksesan Infrastruktur Rangkaian 1Melaka*Net (IPS) Bagi Jabatan Ketua Menteri Melaka

 

jata melaka
JABATAN KETUA MENTERI MELAKA
 
KENYATAAN IKLAN
 
Tawaran adalah dipelawa daripada Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan yang masih berkuatkuasa dan membuat tawaran pada
masa ini di bawah Kod Bidang 210100 Sub-Bidang 210107 bagi Kelengkapan ICT berikut :-

    SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PENINGKATAN KESELAMATAN DAN PENGAKSESAN INFRASTRUKTUR

RANGKAIAN 1MELAKA*NET (IPS) BAGI JABATAN KETUA MENTERI MELAKA

No. Spesifikasi : JKMM.BTMK(S).400-10/2/5 Jld.37(6)

 

2. Tawaran ini telah diiklankan di Sistem Tender Online Melaka melalui alamat https://stom.melaka.gov.my. Naskah-naskah tawaran dan keterangan lanjut boleh diperolehi pada portal berkenaan. Walaubagaimanapun pihak tuan terlebih dahulu perlu membuat pendaftaran pada portal berkenaan dan membuat pembayaran di Pentadbiran ini dengan harga RM40.00 di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras 1, Blok Temenggong, Seri Negeri, 75450 Ayer Keroh, Melaka bermula pada hari Isnin bersamaan 13 Mei 2019 sehingga hari Khamis bersamaan 23 Mei 2019.

3. Dokumen sebut harga yang telah dilengkapkan dan dilakri hendaklah dihantar ke alamat Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras 1, Blok Temenggong, Seri Negeri, 75450 Ayer Keroh, Melaka di atas selewat-lewatnya pada hari Khamis bersamaan 23 Mei 2019 sebelum jam 12.00 tengahari.

4. Pembekal adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan perolehan Kerajaan.

Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka