Anda di sini:
Sebutharga Penaiktarafan Electronic Access Door And Visitor Management System

 

jata melaka
JABATAN KETUA MENTERI MELAKA
 
KENYATAAN IKLAN
 
Tawaran adalah dipelawa daripada Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan yang masih berkuatkuasa dan membuat tawaran pada
masa ini di bawah Kod Bidang 210100 Sub-Bidang 210101 dan 210103 bagi perkhidmatan berikut :-

    SEBUTHARGA PENAIKTARAFAN ELECTRONIC ACCESS DOOR

AND VISITOR MANAGEMENT SYSTEM

No. Spesifikasi : JKMM.BTMK(S).400-10/2/5 Jld.36(1)

 

2. Tawaran ini telah diiklankan di Portal Rasmi Negeri Melaka melalui alamat https://www.melaka.gov.my. Naskah-naskah tawaran dan keterangan lanjut boleh diperolehi dan dibeli di Pentadbiran ini dengan harga RM50.00 di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras 1, Blok Temenggong, Seri Negeri, 75450 Ayer Keroh, Melaka bermula pada hari Khamis bersamaan 14 Mac 2019 sehingga hari Isnin bersamaan 25 Mac 2019.

3. Dokumen sebut harga yang telah dilengkapkan dan dilakri hendaklah dihantar ke alamat Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras 1, Blok Temenggong, Seri Negeri, 75450 Ayer Keroh, Melaka di atas selewat-lewatnya pada hari Isnin bersamaan 25 Mac 2019 sebelum jam 12.00 tengahari.

4. Pembekal adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan perolehan Kerajaan.

Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka