img
Anda di sini:
Tender Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Pembangunan Melaka Digital Command Centre Bagi Kerajaan Negeri Melaka

 

jata melaka
JABATAN KETUA MENTERI MELAKA
 
KENYATAAN IKLAN
 
Tawaran adalah dipelawa daripada Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan yang masih berkuatkuasa dan membuat tawaran pada masa ini di bawah Kod Bidang 210101, 210102, 210103, 210104, 210105, 210108, 210110, 020401, 020301 dan 220301 berikut :-

TENDER MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH

PEMBANGUNAN MELAKA DIGITAL COMMAND CENTRE BAGI KERAJAAN NEGERI MELAKA

No. Spesifikasi : JKMM.BTMK(S).400-10/3/3 JLD.8 (12)

 

2. Naskah-naskah tawaran sebutharga serta keterangan lanjut HANYA boleh dimuat turun dari Sistem Tender Online Melaka (STOM) yang boleh dicapai melalui alamat https://stom.melaka.gov.my.

3. Walau bagaimanapun, bagi syarikat yang belum berdaftar dengan STOM, pihak tuan terlebih dahulu perlu membuat pendaftaran di Portal STOM dan membuat pembayaran dokumen dengan harga RM50.00 di Portal berkenaan bermula pada 10 April 2021 (Sabtu) sehingga 23 April 2021 (Jumaat).

4. Dokumen Sebutharga yang telah dilengkapkan dan dilakri hendaklah dihantar ke Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras 1, Blok Temenggong, Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka selewat-lewatnya pada hari Jumaat bersamaan 23 April 2021 jam 12.00 tengah hari.

5. Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka akan mengadakan satu taklimat dan lawatan tapak pada 14 April 2021 (Rabu) jam 10.00 pagi di Aras 6, Blok Bentara, Kompleks Seri Negeri. Semua kontraktor yang membeli dokumen tender adalah diwajibkan hadir. Kontraktor yang ingin mewakili syarikat perlulah mendapatkan surat pewakilan yang telah diberikan kuasa oleh syarikat dan membawa cop syarikat.

6. Kontraktor/Pembekal adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan perolehan Kerajaan. Sebarang pertanyaan pihak tuan boleh menghubungi Bahagian ini di talian 06-2307748 untuk maklumat lanjut.

 

img
Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka