Isnin, 29 April 2024 |

btmk Bahagian / unit : Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (BTMK)
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 1, Blok Temenggong, Seri Negeri,
Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka.
Nama : Encik Fauzi bin Elham@Alhim
Jawatan : Ketua ICT Negeri
Tel : +606-333 3333 samb. 7520
Tel (PA) : +606-333 3333 samb. 7768
Faks : +606-232 8620
E-mel : fauzi.elham[at]melaka[dot]gov[dot]my
Media Sosial : ikon warna fb Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi



Visi

Untuk menjadikan Jentera Pentadbiran Negeri Melaka suatu jentera pentadbiran yang termoden, produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan fungsi – fungsinya dengan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

Misi


Untuk menjadikan ICT sebagai teras dalam pelaksanaan semua aktivit jentera pentadbiran Negeri Melaka

Objektif

Memberi perkhidmatan ICT yang diperlukan kepada semua Bahagian / Unit / Seksyen di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka termasuk Jabatan / Agensi Negeri yang lain dalam pelaksanaan program-program dan aktiviti ICT yang telah ditetapkan agar Jabatan / Agensi berkenaan menjadi lebih produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan fungsi-fungsinya.

Fungsi
  1. Merancang, merangka dan menentukan halacara penggunaan dan keperluan ICT Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan mengambil keperluan Jabatan Kerajaan Negeri yang lain;
  2. Melaksanakan bersama dengan Jabatan / Agensi terlibat program ICT yang telah ditetapkan oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka, Kementerian-kementerian dan Agensi Kerajaan Persekutuan;
  3. Mengendalikan serta memberi perkhidmatan ICT yang berkaitan kepada Jabatan Ketua Menteri dan Jabatan Kerajaan Negeri yang lain;
  4. Memantau dan menilai keberkesanan penggunaan ICT dalam pelaksanaan sesuatu program dan mencadangkan alternatif yang lebih berkesan;
  5. Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal serta bimbingan teknikal diperlukan.

Piagam Pelanggan
 

(i)

Memastikan aplikasi kritikal (merujuk Polisi dan Sandard Keselamatan ICT negeri Melaka) di bawah seliaan JKMM beroperasi dengan tahap jaminan 90%. Aplikasi kritikal tersebut ialah :                                                 

a) Rangkaian WAN dan LAN                                          

b) Portal Rasmi Kerajaan Negeri                                

c) E-mel Rasmi Kerajaan Negeri                                   

d) Gerbang Pembayaran BersepaduKerajaanNegeri Melaka (e-bayar)                         

e)Sistem Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka                                       

f) Perkhidmatan Web/Application hosting

(ii)

Memastikan notifikasi aduan berkaitan ICT diberi dalam tempoh 24 jam bekerja selepas diterima dan menyelesaikan aduan dalam tempoh 24 jam bekerja selepas diterima dan menyelesaikan aduan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja kecuali yang melibatkan perolehan alat ganti dan perkhidmatan pembekal.

(iii)

Mengemaskini maklumat di Portal Rasmi dan Paparan Digital dalam tempoh 24 jam selepas permohonan lengkap diterima.

(iv)

Menyediakan kemudahan pinjaman peralatan dan akses ICT dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima, tertakluk kepada ketersediaan peralatan / perisian tersebut. 

(v)

Memaklumkan kepada jabatan/agensi kerajaan negeri mengenai insiden keselamatan ICT dalam tempoh 24jam selepas laporan diterima.

 

Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Google Chrome dan Safari dengan resolusi 1366 x 768


Hakcipta Terpelihara 2024@Kerajaan Negeri Melaka
Portal Melaka Versi 6.0, dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

  • Tarikh Kemaskini: 24 April 2024 
Pelawat: 0009551788 | Statistik