![]() |
Bahagian / unit | : | Unit Kerajaan Tempatan (UKT) |
| Alamat | : | Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras Bawah, Blok Shahbandar Kompleks Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka |
|
| Nama | : | Encik Mahathir bin Mustafa | |
| Jawatan | : | Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan | |
| Tel | : | +606-333 3333 samb. 7541 | |
| Faks | : | +606-233 1297 | |
| E-mel | : | mahathir[at]melaka[dot]gov[dot]my |
Visi
- Ke Arah Organisasi Awam Terbilang dan Memacu Ke Arah PBT Yang Dinamik, Daya Tahan, Daya Huni Dan Mampan.
Misi
- Memacu Kegemilangan Organisasi Melalui Tadbir Urus Korporat Dan Sistem Penyampaian Yang Cekap Dan Berkesan.
Objektif
- Memantau dan menyelaras Pentadbiran PBT supaya lebih cekap dan berkesan melalui peningkatan dan pengukuhan sistem penyampaian perkhidmatan memantapkan pengurusan kewangan PBT serta memastikan pembangunan Negeri Melaka dilaksanakan secara lestari.
Fungsi
- Memastikan semua keputusan Jemaah Menteri, Majlis Negeri Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Negeri dipatuhi dan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
- Melaporkan aktiviti dan program yang berkaitan dengan pentadbiran, kewangan dan pelaksanaan projek kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri.
- Memastikan semua fungsi dan Pihak Berkuasa Tempatan dilaksanakan selaras dengan garis panduan dan Undang-Undang yang sedia ada.
- Merancang dan menyelaras pelaksanaan projek Pihak Berkuasa Tempatan.
- Membantu Pihak Berkuasa Tempatan di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan dari aspek kewangan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Piagam Pelanggan
|
(i) |
Penyaluran dasar dan arahan kepada PBT dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dasar/ arahan tersebut diterima. |
|
(ii) |
Menyediakan Laporan Kempen Penanaman Pokok dan Inventori Pokok Negeri Melaka tiga (3) bulan sekali. |
|
(iii) |
Menyediakan Kertas Risalat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah maklumat lengkap diterima. |




English
Bahasa Melayu













