Sabtu, 14 Disember 2024 |

msn Bahagian / unit : Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM)
Alamat : Jalan Lawn Bowls,
Kompleks Sukan Hang Jebat,
75260, Melaka
Nama : Encik Mohd Asri bin Hj. Ninggal
Jawatan : Pengarah
Tel : +606-336 3100
Faks : +606-336 3123
E-mel : asri.ninggal[at]melaka[dot]gov[dot]my
Media Sosial : ikon warna fb Majlis Sukan Negeri Melaka





Visi
  • Kecemerlangan sukan dalam Negeri Melaka akan dapat dicapai ke tahap tertinggi sekali dengan komited yang jitu dan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan Antarabangsa.

 

Misi
  • Komited kepada perkembangan dan kemajuan sukan prestasi tinggi yang mantap bagi melahirkan atlet negeri yang berkualiti, cemerlang dan berdaya saingdi pelbagai peringkat kejohanan dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibah dan imej negeri Melaka.

 

Objektif
  1. Merancang, merumus dan menyelarasn segala dasar dan matlamat sukan negeri;
  2. Untuk menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi soasial melalui sukan;
  3. Untuk mencapai kecermalangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibbah dan imej negeri.

 

Fungsi Utama
  1. Menyelaras dan membantu persatuan-persatuan sukan prestasi tinggi Negeri Melaka;
  2. Mempergiatkan program-program pembangunan atlit Negeri Melaka;
  3. Mentadbir kewangan Majlis Sukan Negeri bagi mencapai objektif secara optima;
  4. Merancang dan menyelaras program-program sukan;
  5. Membuat syor-syor kepada kerajaan Negeri Melaka berhubung cara, langkah dan dasar yang perlu diambil bagi memudahkan kemajuan sukan.

 

Piagam Pelanggan

 

(i)

Mengadakan mesyuarat bersama Persatuan Sukan Negeri sekurang-kurangnya dua belas (12) kali setahun.

(ii)

Memproses permohonan bantuan kewangan kepada Persatuan Sukan Negeri dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diluluskan.

(iii)

Memproses permohonan bantuan kewangan dan peralatan sukan dari Persatuan Sukan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang telah lengkap.

(iv)

Membuat bayaran kepada pembekal dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh bekalan atau perkhidmatan diterima dan segala dokumen yang berkaitan dilengkapkan.

(v)

Membuat pemantauan sekurang-kurangnya dua (2) kali sebulan latihan Program Pembangunan Sukan Pelapis.

img

Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Google Chrome dan Safari dengan resolusi 1366 x 768


Hakcipta Terpelihara 2024@Kerajaan Negeri Melaka
Portal Melaka Versi 6.0, dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

  • Tarikh Kemaskini: 13 December 2024 
Pelawat: 0009551788 | Statistik