Jumaat, 23 Februari 2024 |

resume cm 2023 763

 

Ketua Menteri dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri berdasarkan pertimbangan beliau dalam memberi kepercayaan kepada majoriti para ahli dewan. Ketua Menteri akan mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang akan bersidang setiap minggu di pejabat Ketua Menteri.

Ketua Menteri akan menjalankan tanggungjawab dan fungsinya sebagai ketua kerajaan negeri selain memenuhi keperluan masyarakat, terutama didalam kawasannya. Beliau tidak akan memegang mana-mana projek dan juga tidak dibenarkan berurusniaga dengan mana-mana pihak komersial.

Ketua Menteri Melaka pada ketika ini ialah YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh yang merupakan Ketua Menteri Melaka yang ke-13 . Beliau telah dilantik pada 31 Mac 2023. 

Sila layari media sosial rasmi YAB Ketua Menteri Melaka di:

ikonmedsos Ab Rauf Yusoh (https://www.facebook.com/abraufyusohofficial)

ikonmedsos abraufyusoh (https://www.instagram.com/abraufyusoh)

ikonmedsos ab.raufyusoh (https://www.tiktok.com/@ab.raufyusoh)

  

Alamat :-

Pejabat Ketua Menteri
Tingkat 4 (Suite),
Blok Bendahara, Seri Negeri,
Hang Tuah Jaya,
Ayer Keroh 75450, Melaka

 

 

Senarai Ketua Menteri

No NamaDariHingga
1. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh 31.03.2023 Sekarang
2. Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali 09.03.2020 Mac 2023
3. Tuan Hj. Adly bin Zahari 11.05.2018 03.03.2020
4. Datuk Seri Utama Ir. Ts. Hj. Idris bin Hj. Haron 07.05.2013 April 2018
5. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd. Rustam 03.12.1999 06.05.2013
6. Datuk Seri Abu Zahar bin Hj. Isnin 23.05.1997 02.12.1999
7. Datuk Seri Hj. Mohd Zin bin Hj. Abdul Ghani 14.10.1994 14.05.1997
8. Tan Sri Hj. Abdul Rahim bin Tamby Chik 26.04.1982 13.10.1994
9. Datuk Seri Mohd. Adib b. Mohd Adam 11.07.1978 26.04.1982
10. Datuk Setia Hj. Abdul Ghani bin Ali 01.08.1972 10.07.1978
11. Datuk Hj. Talib bin Karim 06.10.1967 31.07.1972
12. Tun Abdul Ghaffar bin Baba 01.06.1959 05.10.1967
13. Dato' Kurnia Jasa Osman bin Talib 31.08.1957 31.05.1959

Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Google Chrome dan Safari dengan resolusi 1366 x 768


Hakcipta Terpelihara 2024@Kerajaan Negeri Melaka
Portal Melaka Versi 6.0, dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

  • Tarikh Kemaskini: 23 February 2024 
Pelawat: 0009551788 | Statistik