Khamis, 25 Julai 2024 |

bkp Bahagian / unit : Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 2, Blok Temenggong,
Kompleks Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh,
Melaka
Nama : Datin Elya Juliana binti Abdul Wahab
Jawatan : Ketua Penolong Setiasusaha Kanan Kerajaan
Tel : +606-333 3333 samb. 7230
Faks : +606-232 2107
E-mel : elya[at]melaka[dot]gov[dot]my



 

Visi
  • Menjadikan sebuah sektor yang berkualiti dan cemerlang dalam :
  1. Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan
  2. Pengurusan Protokol dan Istiadat
  3. Pungutan hasil untuk Kerajaan Negeri

Misi
  • Memberi Perkhidmatan yang terbaik, bertanggungjawab, cekap dan berkualiti kepada pelanggan disamping mempertingkatkan sumber pendapatan negeri

Objektif
  1. Meningkatkan mutu pelaksanaan pengurusan pentadbiran pejabat dan istiadat di Jabatan Ketua Menteri Melaka.
  2. Meningkatkan kutipan hasil serta menambah aset Kerajaan Negeri

Fungsi
  1. Pelaksanaan jentera Pentadbiran di Jabatan Ketua Menteri Melaka.
  2. Pelaksanaan kutipan hasil aset Kerajaan Negeri Melaka.
  3. Pelaksanaan Protokol dan Istiadat di Jabatan Ketua Menteri Melaka.
  4. Pemantauan urusan kewangan di Jabatan Ketua Menteri Melaka

 

Piagam Pelanggan

 

1.

UNIT PENTADBIRAN 

(i) Mengemukakan keputusan permohonan mengggunakan kenderaan jabatan dalam Kompleks Seri Negeri dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

 

(ii) Mengemukakan keputusan permohonan menggunakan bilik mesyuarat dalam Kompleks Seri Negeri dalam tempoh dua (2) hari bekerja.

2.

UNIT KEWANGAN 

Memproses tuntutan bayaran dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.

3.

UNIT PENGURUSAN BANGUNAN DAN ASET 

(i) Memproses permohonan keperluan peralatan dan kemudahan pejabat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

 

(ii) Kerja pembaikan bangunan Seri Negeri dan Kuarters diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh aduan diterima.

 

(iii) Semua tempahan Auditorium Seri Negeri akan diberikan maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

4.

UNIT PUSAT SUMBER

(i) Menyediakan reka bentuk, reka letak dan cetakan bahan penerbitan yang lengkap dalam masa lima (5) hari bekerja.

 

(ii) Membekalkan gambar aktiviti kepada Bahagian/ Unit Jabatan Ketua Menteri Melaka/ Agensi Luar dalam masa dua (2) hari.

  (iii) Memproses peminjaman buku kepada Bahagian / Unit Jabatan Ketua Menteri Melaka / Agensi Luar dalam masa satu (1) hari dari tarikh permohonan diterima.

5.

UNIT PENGURUSAN MAJLIS DAN PROTOKOL 

(i) Memastikan jemputan kepada dif-dif Kehormat Negeri Melaka untuk majlis / istiadat rasmi Negeri Melaka dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja bagi acara rasmi Kerajaan Negeri.

  (ii) Lawatan Pembesar Negeri Melaka ke luar negara diuruskan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas arahan diterima.
  (iii) Lawatan Pembesar Negeri Melaka ke luar negara diuruskan dalam tempoh 2 hari selepas arahan diterima.

Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Google Chrome dan Safari dengan resolusi 1366 x 768


Hakcipta Terpelihara 2024@Kerajaan Negeri Melaka
Portal Melaka Versi 6.0, dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

  • Tarikh Kemaskini: 19 July 2024 
Pelawat: 0009551788 | Statistik