Khamis, 25 Julai 2024 |

upen Bahagian / unit : Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 3, Blok Temenggong,
Kompleks Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
Nama : Puan Wan Rafidah binti Awg Isa 
Jawatan : Setiausaha Bahagian
Tel : +606-333 3333 samb. 7322
Tel (Am) : +606-333 3333 samb. 7538
Faks : +606-232 8420
E-mel : wanrafidah[at]melaka[dot]gov[dot]my



Visi
  • Menjadi Bahagian Perancang Yang Bertaraf Antarabangsa

 

Misi
  • Memperkukuhkan ilmu
  • Memantapkan kewangan
  • Meningkatkan pembangunan sumber manusia & pembangunan fizikal projek
  • Mewujudkan sistem, struktur dan mekanisma kerja yang berupaya melangkaui kehendak pelanggan

 

Objektif
  • Merancang, menyelaras, memantau dan menilai dasar strategi dan program – program pembangunan ekonomi Negeri Melaka untuk mencapai matlamat sosioekonomi yang ditetapkan oleh Kerajaan serta menggalakkan penyertaan aktif sektor swasta.

 

Fungsi Utama
  1. Merancang, melaksana, dan mengkaji semula dasar dan strategi pembangunan sosio-ekonomi Negeri Melaka bagi mencapai misi dan objektif pembangunan negeri selaras dengan dasar-dasar dan objektif pembangunan seperti Rancangan Malaysia Lima Tahun, Dasar Penswastaan dan lain-lain.
  2. Melulus, menyelaras, memantau dan menilai prestasi projek-projek pembangunan negeri yang dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri selaras dengan matlamat pembangunan negeri;
  3. Memohon, menyelaras, memantau dan menilai projek-projek Rancangan Malaysia yang dilakukan oleh agensi kerajaan Persekutuan di Negeri Melaka selaras dengan matlamat pembangunan negeri.
  4. Melulus, meyelaras, memantau dan menilai prestasi projek – projek pembangunan negeri yang dilaksanakan oleh pihak swasta selaras dengan matlamat pembangunan negeri.

 

Piagam Pelanggan
 

(i)

Menyediakan dan mengemas kini pelan-pelan pembangunan Negeri dalam tempoh dua belas (12) bulan.

(ii)

Mendapatkan maklumbalas permohonan data untuk diambil tindakan dalam tempoh 7 hari waktu bekerja.

(iii)

Memantau dan menyelaras KPI YB EXCO mengikut portfolio di bawah PSMJ pada setiap hujung bulan mengikut data dan laporan yang ada dalam Sistem Melaka Laksana.

(iv)

Menyediakan ulasan teknikal bagi Penyediaan Kertas Risalat MMKN dalam tempoh (7) tujuh hari waktu bekerja dari tarikh minit selepas menerima ulasan daripada agensi-agensi rujukan.

Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Google Chrome dan Safari dengan resolusi 1366 x 768


Hakcipta Terpelihara 2024@Kerajaan Negeri Melaka
Portal Melaka Versi 6.0, dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

  • Tarikh Kemaskini: 19 July 2024 
Pelawat: 0009551788 | Statistik