Sunday, 28 September 2025 |

lambang melaka

 

Kelima warna yang terdapat pada lambang negeri ini adalah warna-warna yang menunjukkan bahawa Melaka sebuah negeri di Malaysia. Lima bilah keris di dalam lambang tersebut melambangkan 5 orang pahlawan Melaka pada zaman silam yang terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi. Bulan sabit dan bintang berpecah lima yang terdapat di atas tengah-tengahnya pula adalah simbol bahawa Agama Islam merupakan agama rasmi negeri tersebut.

Di samping itu, terdapat juga pokok dan 2 ekor Pelanduk yang mengisahkan hikayat bagaimana Melaka diasaskan. Parameswara telah menyaksikan pergaduhan di antara seekor Pelanduk dengan seekor Anjing semasa baginda berehat di bawah pokok Melaka. Baginda berasa kagum dengan kekuatan dan kebijaksanaan pelanduk yang kecil itu. Walaupun kecil, pelanduk itu tetap gagah dan baginda akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan tempat tinggal di situ dan menamakannya bersempena pokok Melaka tersebut.

img

Best viewed using Mozilla Firefox 3.5 and above, Google Chrome or Safari with a resolution of 1366 x 768


All Rights Reserved 2024@Melaka State Government
Melaka Portal 6.0 is developed by the Information & Communication Technology Division, Melaka Chief Minister Department

  • Date Updated: 26 September 2025 
Visitors: 0009551788 | Statistic