Sunday, 28 September 2025 |

bpsm Bahagian / unit : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 1, Blok Bentara,
Kompleks Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh,
Melaka
Nama : Datin Elya Juliana binti Abdul Wahab
Jawatan : Setiausaha Bahagian
Tel : +06-333 3333 samb. 7799
Faks : +06-231 5142 / 232 5428
E-mel : elyajuliana[at]melaka[dot]gov[dot]my



Visi
  • Memberi perkhidmatan Pengurusan Sumber Manusia yang profesional melalui anggota yang cekap serta sistem pengurusan terkini

Misi
  • Berfungsi dengan lebih berkesan sebagai penasihat dan pelaksana Pengurusan Sumber Manusia Jabatan dan Agensi Negeri

Objektif
  1. Mewujudkan perancangan dan bilangan anggota perkhidmatan awam yang optima;
  2. Menentukan urusan perkhidmatan kakitangan dilaksanakan dengan cekap;
  3. Mengadakan dan menyelaras latihan kakitangan dengan lebih sistematik dan terancang;
  4. Mewujudkan kakitangan yang berdisiplin tinggi dan produktif.

Fungsi Utama
  1. Merancang tenaga manusia dan pembangunan organisasi;
  2. Urusan perkhidmatan kakitangan;
  3. Pembangunan sumber manusia melalui latihan dan kursus;
  4. Pengurusan prestasi, urusan naik pangkat dan tatatertib

Piagam Pelanggan
 

(i)

Mengeluarkan Surat Kelulusan Perjawatan yang telah diperakukan oleh YAB Ketua Menteri Melaka kepada Jabatan/ Agensi berkaitan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

(ii)

Memaklumkan keputusan bagi urusan Pengesahan Pelantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen berjaya dikeluarkan dalam tempoh (3) tiga hari bekerja dari tarikh keputusan dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

(iii)

Dokumen persaraan pegawai dan kakitangan di Jabatan Ketua Menteri Melaka dihantar ke Sistem power dalam (3) tiga bulan sebelum tarikh persaraan.

(iv)

Memaklumkan keputusan Kenaikan Pangkat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas Lembaga Kenaikan Pangkat bersidang.

(v)

Mengeluarkan surat maklum balas perkhidmatan sesi kaunseling kepada jabatan/ agensi dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima.

(vi)

Memastikan 100% warga kerja JKMMmenghadiri sekurang-kurangnya satu (1) hari kursus fungsional.

(vii)

Membuat tindakan penambahbaikan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) bulan selepas teguran audit dikeluarkan.

img

Best viewed using Mozilla Firefox 3.5 and above, Google Chrome or Safari with a resolution of 1366 x 768


All Rights Reserved 2024@Melaka State Government
Melaka Portal 6.0 is developed by the Information & Communication Technology Division, Melaka Chief Minister Department

  • Date Updated: 26 September 2025 
Visitors: 0009551788 | Statistic