Sunday, 28 September 2025 |

badsa Bahagian / unit : Bahagian Audit Dalaman & Siasatan Awam (BADSA)
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 2, Blok Bentara,
Kompleks Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh,
Melaka
Nama : Puan Norita binti Ismail
Jawatan : Pengarah
Tel : +606-333 3333 samb. 7439
Faks : +606-233 1326
E-mel : noritaismail[at]melaka[dot]gov[dot]my

 

Visi

Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Awam akan menjadi peneraju ke arah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan di Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri Melaka

Misi
  • Memastikan wujudnya Akauntabiliti dan Integriti dalam penggunaan wang awam serta menggalakkan pentadbiran yang cekap dan berhemah
  • Meningkatkan khidmat pengurusan dalam pengauditan / siasatan yang dijalankan

 

Objektif
  • Membantu pihak pengurusan atasan mempertingkatkan akauntabiliti pengurusan pentadbiran dan kewangan di Jabatan/Agensi masing-masing dan menentukan program dan aktiviti diuruskan dengan berekonomi, cekap dan berkesan.

 

Fungsi
 
Melaksanakan pengauditan terhadap Jabatan/Agensi/Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka seperti berikut:-
  1. Pengauditan Susulan
  2. Pengauditan ICT
  3. Pemeriksaan Mengejut
  4. Pengauditan Penampilan Audit
  5. Pengauditan Perolehan
  6. Pengauditan Prestasi
  7. Pengauditan Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti (AI)

 

Piagam Pelanggan

 

(i)

Memaklumkan kepada auditee secara bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari bekerja sebelum pengauditan/ siasatan dijalankan kecuali bagi pemeriksaan mengejut.

(ii)

Surat Pemerhatian auditi dikemukakan kepada auditi dalam tempoh dua (2) bulan atau enam puluh (60) hari selepas pengauditan / siasatan selesai dijalankan.

 

img

Best viewed using Mozilla Firefox 3.5 and above, Google Chrome or Safari with a resolution of 1366 x 768


All Rights Reserved 2024@Melaka State Government
Melaka Portal 6.0 is developed by the Information & Communication Technology Division, Melaka Chief Minister Department

  • Date Updated: 26 September 2025 
Visitors: 0009551788 | Statistic